Europe Trip part 2 – Day 2 in Paris

Assalamualaikum..

Hampir 3 minggu tak update blog sebab outstation kat Bintulu, keje macam lembu sampai malam baru balik.. yelaa bila dah tua-tua ni macam dah tak larat dah nak outstation.. patutnya tua-tua ni jadi manager dok opis.. kan best..

OKlaa. Antara hobi saya adalah melancong, dan saya suka mencuba sesuatu yang baru dan mengenali cara hidup orang lain. 2 hari kat Paris agak memenatkan, siang malam kami keluar berjalan, dah tahniah kepada kawan saya sekeluarga, walaupun umur dah hampir separuh abad tapi masih kuat lagi berjalan.. mungkin sebab semangat europe trip yang memerlukan belanja yang amat mahal tu boleh hilang segala lengoh kat kaki..

Hari Kedua

Hari kedua di Paris dimulakan dengan sarapan Maggie dan mentelaah lingkaran Metro Paris yang bersimpang siur nampaknya. Linkaran Metro Paris tak sama dengan Google Maps, sebab Google Maps, peta dia ikut skala tapi Metro dia main lukis je, jadi kekadang nampak kat peta, stesen transit untuk ke Line Metro yang lain nampak dekat, tapi realitinya kami terpaksa berjalan jauh di dalam terowong bawah tanah untuk ke stesen yang lain. So kena rajin-rajinlaa check Google Maps sama… walaupun tak pakai Iphone anda boleh beli handphone yang ada Google Maps serendah RM500 sahaja macam saya. Tapi make sure kena beli prepaid line sana la sama. Beli pakej data serendah 10 Euro macam yang saya beli kat Germany (actually pinjam hehe) O2.de . Ini kerana agak susah untuk kita menyuruh diorang ni cakap ongputih, walaupun kita tanya budak-budak muda. Jadi mulakan dengan cakap Perancis sedikit dan kalau bernasib baik baru diorang layan. Tapi pada saya semua maklumat ada kat peta, google maps, signboard kat jalan dah cukup untuk anda melancong. Apapun kat hotel anda boleh tanya receptionist diorang sepuas-puasnya..

Ni la network Metro kat Paris.. ni belum termasuk network Keretapi ke seluruh Eropah lagi

Perjalananan kami pagi tu dimulakan ke Musee De Lourve ( Museum De Lourve ) muzium terbesar di dunia. Bayaran masuk ke Museum ni adalah percuma pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan.  Dahlaa cuti easter waktu tu, cuti sekolah seminggu, pastu Early Spring pulak tu, jadi melepas la kami untuk masuk ke dalam muzium tu disebabkan beribu-ribu orang beratur panjang untuk masuk sampai kena buat kuota pulak… yelaa kalau diorang bagi semua masuk, mau tak roboh muzium tu jadi pasar malam… nanti saya akan upload video org beratur panjang nak mampus tu. Jadi macam biasa kami pun bergambar sakan je la. Yang penting bukti gambar kena ada.

Nampak tak orang beratur panjang nak masuk muzium tu... sebenarnya hampir keliling bangunan diorang buat barisan

Satu simbol premason macam dalam cerita Da Vinci Code.. hehe

Part time Tourist Guide, to make sure we are not lost . Besar tanggungjawap tu

Sebab dah tengah hari dan perut pun lapar, tambahan pula kawasan tersebut jauh dari restoran halal, kami pun bertolak balik ke hotel dengan naik Metro. Asyik-asyik naik metro je kami selama 2 hari kat sini. Kami beli 3 day pass iaitu Paris Vissite ( 12 Euro kalau tak salah ) yang membolehkan kami naik je apa-apa Metro, Bus, RER ( komuter ) kemana-mana tempat di Paris  untuk 3 zones pertama di tengah-tengah Paris. So tak kisahlaa nak sesat ke, apa ke. Tapi alhamdulillah kami tak sesat, cuma banyak masa je dihabihkan study map. Petang tu selepas makan kat Resturant kebab kat hotel kami pergi naik bangunan tertinggi di tengah-tengah Paris (Tour Maine-Montparnasse (Maine-Montparnasse Tower)  ke tingkat 56 ( 210 meter ) untuk melihat Paris dalam 360 darjah ( 11 Euro dengan 1 Euro diskaun dengan Paris Vissite ).  Melihat bandar yang terbesar di Eropah  dimana semua bangunan lama di jaga rapi. Kawasan perumahan apartment di satukan dengan bandar menyebabkan ianya kurang sesak berbanding Kuala Lumpur. Yang penting pengangkutan awam dia yang amat efisien mengurangkan kesesakan yang amat ketara.  Waktu menunggu setiap train ialah maksimum 5-6 minit sahaja.

Macam kotak lego je bandar lama diorang ni

Salah satu Stesen Keretapi untuk ke sekitar Europe dan France dari 3 buah yang ada. Gambar kecil Eifel Tower dan kawasan bandar baru di belakangnya

Lepas tu, dengan Metro lagi kami ke Arc de Triomphe, iaitu satu mercu tanda kat tengah-tengah roundaboard di Paris. Ada muzium kat atas nya. Kalau tak nak kena langgar, sila gunakan lorong bawah tanah untuk ke tengah-tengah roudaboard tu, so kena keliling dulu laa jalan kat tepi dia untuk cari terowong tu.  Bangunan ini di bina 1806 setinggi 50m ditengah-tengah roundaboard sebagai persimpangan untuk 12 jalan di tengah-tengah Paris.  Tapi roundaboard ni bukan di bina pada tahun 1806 ek.. jgn salah paham.

Gambar pokok ini diambik untuk cover construction yang ada kat Arc De Triomphe tu. Objek di belakang pokok tu sebagai pembolehubah sahaja..

Malam tu kami terus ke Eifel Tower.. tempat wajib dilawati di Paris.. Sebab binaan dia hanyala besi, so kami buat keputusan untuk pergi di waktu malam.. memang berbaloi walaupun mcm biasa kami tak berkesempatan nak naik ke atas dengan orang yang beratur ramai dan kaki pun dah penat dan lapar.  Lampu yang dipasang memang cantik, sebab tu Paris juga digelar City of Light. Dengna suhu yang dalam lingkungan 6-10 degree celcius, malam tu kami balik ke hotel dengan rasa tak sabar-sabar nak mandi air panas dan makan burger daging yang panas tapi tak pedas sebab takde sos cili.

Eifel Tower di waktu malam. Gambar kecik tu bila dia bukak lampu kelip-kelip laju yang amat terang tu..

104 Responses to Europe Trip part 2 – Day 2 in Paris

  1. Syahril says:

    Salam buat abam roy yg dok bz x abih²

    hmmmm. . pasni p antartika pulak ka?

    hehehehe

  2. zairol79 says:

    wsalam. shah hang keja kat damansara perdana lagi ka? Ada keje kosong tak? IT based untuk wife aku..

  3. nur says:

    assalamualaikum..abang..best giler dapat pi germany!!aku dan kwn2 mang teringin tapi takut sesat kat sana..kat sana anti dimana leh dapatkan pemandu pelancong???tukaran mata wang punyalah mahal!!

  4. zairol79 says:

    w’salam nur… syukur rezeki kerja dengan syarikat german… apa nak takut, zaman sekarang semua ada, google map dan byk guide kat internet, ada tips yg saya tulih sebelum2 ni.. tapi kalau nak jimat lagi try join http://www.couchsurfing.org. kat situ kita dpt cari kawan, dan untung dpt dok free kat rumah diorg bila kat oversea,

  5. Syahril says:

    x dak lagi la bg roy ooiiiii. .

  6. siti says:

    salam, browse2 pasal paris n jumpa website ni..thanx a lot 4 d infos. sy book tiket flight airasia promo ke paris bulan 10 tahun depan. stay 4 hari tapi di paris je, ingat nak pegi negara2 jiran e.g german, italy, london tapi bajet tak cukup lah 🙂

    • zairol79 says:

      Wsalam, terima kasih kerana sudi membaca blog saya… gunakan peluang seumur hidup dgn sepenuhnya… tapi saya cadangkan yani buat day trip ke German dengan naik bullet train ICE ke Frankfurt ke.. tak jauh sgt… tiket pun kalau beli awal tak mahal… bila lagi nak merasa naik keretapi laju…

  7. salam. saya nak ke paris dll pada Mac 2011. Dlm 10 hari. Nak cover London juga. Tlg suggest mana lagi saya sempat cover. Venice, Monaco? Tlg advice.

    • zairol79 says:

      Wsalam

      Saya cadangkan anda habiskan masa 3 malam di paris, 2 malam di London, 2 malam di netherland ( Holland ) dan 2 malam di germany.. semua negara tersebut dapat di akses melalui keretapi…

      Pilihan kedua anda boleh naik sleep ( overnight train dari paris ke venice) jadi jimat dah sewa hotel semalam. Day trip kat venice dan naik keretapi ke Florence, kat florence boleh naik regional train ke Pisa… Anda perlu ingat musim bunga baru je bermula, suhu agak sejuk di sebelah utara. Jadi mungkin pilihan kedua adalah terbaik. 2 malam di Florence, dan anda boleh naik train naik semula ke Paris melalui Switzerland. Buat perancangan yang bijak.. kalau boleh tiket keretapi beli awal… mcm kawan saya sebab lambat beli tiket dari mannheim ke paris, dah jadi sampai 178 euro berbanding saya 79 euro. Padahal dia nak pergi ke Paris lagi 3 minggu.

  8. nasi dagang says:

    Salam, saya akan ke Lon turun STN on 14/5/11 dalam 10 hari, next day to Holland frm STN, next to Paris back to Lon baru pusing2 Lon. Any idea utk tempat tinggal yg bajet? Sy g berdua ngn suami.
    TQ

  9. zaki says:

    salam zairol. menarik baca coretan saudara mlancong ke eropah. saya dan isteri ada tiket pnerbangan ke londonHeathrow). pada bulan 4 atau 5/2011 ni sy merancang nak melancong ke London dan paris dan negara2 jirannya dgn mggunakan train. mau travel sendiri sperti backpacker travelers. utk jimatkan kos.minta pdangan sikit.

    • zairol79 says:

      Wsalam Zaki Terima kasih atas kesudian baca blog saya, tak salah kongsi2 ilmu, untuk travel sendiri ni, banyak cabarannya dan byk yg akan kita enjoy nanti, tapi pastikan buat persedian awal la, seperti yg saya tulih dalam blog ni, pastikan zaki dah sewa hotel, beli tiket train sekurangnya 2 bulan awal..( april & mei waktu peak ) Kalau dari london, zaki boleh naik Eurostar ke Paris, dan kalau zaki stay lama, minta tukar tiket return sama ada dari itali atau frankfurt atau istanbul ( kalau bajet lebih ) Zaki tak beritahu berapa lama kat sana, jadi kalau ramai zaki boleh cuba night train dari paris ke venice, sewa satu couch untuk 4 org atau 6 org, tak salah kongsi dgn orang lain, lagi byk pengalaman. kalau nak jimat cuba register kat couchsurfing.com, dalam masa 2-3 bulan ni join gathering diorg kat KL, mana tau dpt kawan dari London atau Paris, boleh stay free kat rumah diorang nanti. apapun gunakan power of Google sepenuhnya.

      • zaki says:

        tima kasih saudara Zairol, pdangan dan cadanan yg bagus utk sy ambil sbagai pduan dsana nanti. nampakgaya sy akan gunapakai pdangan saudara Zainol kpada Zuraini zainal iaitu habiskan masa 3 malam di paris, 2 malam di London, 2 malam di netherland ( Holland ) dan 2 malam di germany.. semua negara tersebut dapat di akses melalui keretapi… .
        kalau saudara Zuraimi tiada masalah utk sy dan isteri join melancong bsama kecil tapak tangan , stadium bukit Jalil sy tadahkan.hehe. tima kasih saudara Zairol. brovo

  10. izwan says:

    salam bang,

    saya plan nak travel to europe this november, total 11mlm.. ada cadangan mana2 negara blh dilawat selain paris, london dan milan (daytrip)

    • zairol says:

      wsalam.. ikut mana flight saudara, kalau turun paris boleh pusing Europe pakai train, naik train ke munich , Switzerland, venice dan balik melalui Rome, pergi ke tempat yg orang tak cakap English, lagi mencabar…apapun saudara boleh rujuk blog ini dan baca juga komen-komen yang ada..

  11. zaki says:

    salam saudara. sy baru balik dari melancong ke london dan paris, memeang betul travel sendiri2 memang seronok sekali, semua masa atas kita, nak pergimana ikut suka hati . enjoy betul,mula2 memang rasa takut maklumlah nak pergi tempat org jauh pulak tu. setelah baca tip2 catatan pjalanan saudara ni membuat sy lebih yakin sedikit, sekarang setelah balik dari sana keyakinan dah mmjadi 99%. (tak boleh 100% nanti sy taraf dengan saudara)lepas ni dah tak risau lgi nak pi melancong. tima kasih dari sy, semoga catatan saudara ni byk mberi mnfaat pd org yg nak pergi melancong dgn bajek yg kecil sperti saya.

    • zairol79 says:

      Wsalam… terima kasih keran amenjadikan blog saya sebagai rujukan.. mesti byk pengalaman kan? pergi dgn saudara Zainol ke dulu..? Insyaallah dulan 11 nanti saya nak pergi Korea pulak… so nanti boleh berkongsi pengalaman kat sini… nak bawak baby kecik pulak… babymoon

  12. salam…insya Allah saya akan pg ke paris pada 31 mei hingga 5 jun tahun depan (6 hari 5 malam)..dah beli pun pakai airasia sebab murahkan??sebab pg sendiri takut sesat jd tak tau camna nk buk hotel,tiket n mcm2 lagilah..pg dgn family,anak (masih kecil).soalan saya:

    1) dalam masa 5 hari tu ingat 2 hari kat paris, 1 hari kat disneyland n 2 hari kat london.mcmana kalu saya nk buking tiket awal? tiket ke disneyland,tiket eurostar so dat g sana taklah mahal..nk budget jugak..

    2)kalu dr paris nk g venice berapa jam pakai train?dlm hati ada jugak sebab tempat ni antara yg tercantik kat dunia…tenkiu

    • zairol79 says:

      Wassalam…

      Dari profile puan, nampaknya puan dan ada pengalaman melancong kan? Jadi rasanya tak menjadi masalah kan… seperti yang selalu saya tulis, jadikan internet sebagai panduan.. apa-apa google je, semua ada. By the way:

      1. Tiket disneyland boleh beli kat website dia, google je Paris Disneyland, tapi kalau untuk tahun depan tak jual lagi. Kalau kat paris puan boleh beli tiket metro untuk cover 6 zone, mahal sikit, so tiket tu boleh pergi sebahagian besar paris termasuk yg jauh-jauh, Untuk ke London boleh booking dari Eurostar.com ( google dulu)

      2. Mmmm ke Venice? nampaknya puan terpaksa cancel pergi London kalau naik train.. jauh tu, melainkan puan naik flight. Easyjet ada flight ke Venice, sejam setengah tak salah.. dua kali sehari, so boleh buat day trip..  Untuk train, kalau express kena transit kat Milan Itali, then baru boleh ke Venice. mengambil masa dekat 9 jam. So cadangan saya boleh naik sleeping train dari paris direct ke venice sewa satu sleeping couch untuk 6 org atau 4 orang ( ada saya ceritakan dalam blog saya termasuk juga dlm komen-komen saya). Tip saya, puan boleh rancang jarak perjalanan keretapi kat website Dbahn google dbahn atau (www.bahn.com) , masukkan destinasi anda dan semua akan keluar kat situ. Pilih negara UK, kalau tak dia akan keluar bahasa Perancis kalau kita pilih departure from France

      OK.. harap ia membantu anda

  13. norazlin abusman says:

    thanks atas jawapan yg amat memberangsangkan..kalu saya tak jadi pergi ke london..dr paris ke venice memakan masa berapa jam dalam train utk pergi dan ballik? agaknya kalu flight dr kl ke paris 31 mei dan pulang 5 jum mcmana agaknya nak budget hari utk melawat paris,disneyland dan venice?

    mahal tak harga tiket keretapi ke venice?tenkiu very much

    • zairol79 says:

      Masa perjalan dari Paris ke Venice ada saya terangkan kat atas, Bullet train , 9 jam termasuk transit kat Milan, dan kalau sleeping train 12 jam.. kalau ikutkan dari 4 hari penuh waktu berjalan tu, bagus buat day trip kat venice ( pakai sleeping train dari paris ) petang kat venice naik express ke Milan, tidur kat Milan, esoknya naik express ke Munich, tido kat munich then baru balik Paris.. Kalau saya, saya akan cancel Disneyland Paris, sebab Disneyland ni dah byk kat dunia, Hongkong ada, even Singapore pun dah ada universal studio.

      By the way harga tiket ikut tarikh kita beli, anggaran saya puan boleh dapat dalam 24-48 Euro per head utk 6 person sleeping coach ke venice kalau booking awal. Dan utk bullet train cuba search kat website Dbahn.. kat situ kita boleh anggar berapa harga, tapi utk tahun depan tak keluar lagi kot..

  14. norazlin abusman says:

    thanks atas reply yg amat difahami…betul jugak kata saudara kalu nk pegi disneyland hongkong pun ada..lagipun trip saya ni bersama 3 orang anak kecil yg berumur 3,5 dan 2 tahun…sesuai ke nak tido atas ketapi tu…? tp keinginan saya sgt kuat nak pg italy tu..tgk gambar saudara pg rome pun dah rasa best sgt2..cantik rome kan??lagipun ni 1st time sy nk pg italy…london dan paris saya dah jejak last year itupun berdua ngan suami….

    rome ngan venice tu tak sama ke?tempat dua tu jauh ke?tqvm

  15. norazlin abusman says:

    lagi satu kalu naik express ke milan dan munich tu tak mengambil masa yg panjang ke?berapa jam?takut2 nanti perjalanan kitorang dalam kenderaan je….hehe..

    • zairol79 says:

      Mmmm, mcm ni la, puan ikut je saya punye tertiary, puan naik flight http://www.easyjet.com dari Paris ke Venice pada 3 Jun 2012 ( sales utk summer 2012 dah jual, saya cuba masukkan 5 org tadi, total 187 Euro sahaja, x termasuk bag ) Buat half day trip di Venice, then petang tu Puan boleh pergi Rome dgn menaiki bullet train – http://www.trenitalia.com ( 3 jam ) dan tido satu malam di sana,  esoknya buat day trip di Rome dan pada malamnya terus ambik teksi ke airport rome dan pulang ke Paris dengan Easyjet jugak. Pada saya nampak agak memenatkan kalau pergi Rome.

      Pilihan kedua, pergi ke Rome tanpa Venice, kat rome boleh pergi coleseum dan vatican city. Kalau Venice setakat tgk bangunan atas air je..

      Jadi puan akan ada 2 hari 1 mlm untuk berjalan disekitar Rome, seperti yg saya ceritakan kat blog saya Coleseum tu amat besar, kalau kita ambik tiket tu sehari suntuk baru habis.. pilihan lain takat ambik gambar kat luar dah cukup rasanya…

      Jadi terpulang pada puan, samada venice + rome, venice sahaja atau rome sahaja…

      Sebagai rujukan tambahan.. berikut link untuk night train kalau nak train naik night train dari paris ke venice, rome atau sebaliknya…

      http://www.raileurope.co.uk/Default.aspx?tabid=1592

      Selamat merancang perjalanan anda, kalau puan beli tiket flight dah start jual sekarang, pilihan lain utk budget flight Europe ialah Ryanair.com

  16. norazlin abusman says:

    terima kasih byk2…maklumat saudara amat membantu saya….kalu ada apa2 lagi saya tanya k…hehe

  17. Mohd says:

    Assalaamu`alaikum warahmatullah
    seronok baca catatan kembara dan banyak info terkini.

    Insha ALLAH saya akan melawat andalusia iaitu Qurtubah, Gharnatah dan Ashbiliah. Maaf nama2 ni dalam bahasa Arab dan saya tak mahu menukar namanya kepada bahasa Spain atau Inggeris. di jangka berangkat pada 12 atau 15.11 ini . Dari KL Paris air asia dan Paris Ashbiliah dengan Easyjet atau Ryan air.

    Oleh itu saya ingin bertanya dengan lebih detail lagi :
    1. Saya belum beli tiket easyjet dan Ryan air lagi kerana takut tersilap isi di ruang nama. Kalau nama saya Mohd Aiman Bin Mohd Ali.
    Bagaimana saya nak tulis di ruangan : first name dan last name atau ada satu airlines lagi ; first name dan family name. Saya tak pernah beli tiket online tapi saya minat travel dan telah travel ke banyak negara Arab serta pergi umrah (bawa jamaah) setiap tahun sejak 1994 lagi, juga dah sampai ke Pakistan, Baitul Maqdis dan Turki.

    2. Saya juga rancang nak lawat rome dan venice.Cukup ke dalam masa 2 hari untuk lawatan di rom dan sehari di venice. Boleh ke cadangkan nama hostel yang hampir dengan tempat2 tour agar senang jalan kaki nanti. Begitu juga di Paris , minta cadangkan nama hostel yang dekat dengan effel tower. Saya mungkin hanya semalam atau 2 malam shj di Paris. Di London 3 atau 4 hari.

    Oh ya. saya juga akan melawat Moroko. Lawatan saya kali ini hanya seorang, seorang kawan lagi tak beri kata putus sedangkan dalam sehari dua lagi saya akan beli semua tiket.

    Ini sahaja yang saya nak tanya dan saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas info yang akan diberi nanti samada disini atau e mail saya: naasiha@yahoo.com

    Sekian wassalaam. semoga ibadah kita di `idil adha diterima ALLLAh. Aamin.

    • zairol79 says:

      waalaikumussalam.. Terima kasih.. saya akan jawap secara ringkas je laa ek..

      1. Untuk belian tikat secara online.. first name (given name) isikan nama saudari dan last name (family nama) nama bapa saudari beserta binti ( iaitu di kotak last name tu isikan binti johari sbg contoh) ini adalah kerana kat passport kita juga ada dituliskan binti atau bin

      2. Untuk rome dan venice dalam dua hari tak cukup pada saya lainla saudari naik morning flight dari paris ke venice then petang tu boleh naik train ke rome, stay dua mlm di rome. untuk hostel saudari boleh cari di booking.com, dia akan list hotel yg dekat dgn subway dan sebagainya, boleh juga rujuk di maps.google.com. Hotel di kawasan Eifel Tower gak mahal.. bagaimanapun boleh check di internet terlebih dahulu.

      Akhir kata selamat melancong, bagus tiket beli awal.. nanti mahal 🙂

  18. Hafiz, says:

    Salam Zairol…

    Amat seronok sekali membaca catatan perjalanan saudara….membuatkan sy lebih yakin utk melancong ke Europe…

    InsyaAllah, mayb sy akan ke London and France dlm bulan mac 2012, sbb tiket sgt murah skang ni, xbli rugi nanti..hehe

    Sy ad sdikit pertanyaan:
    Sy punya plan nak spend 2 days in london, 2 days in france and 1 day in netherland..

    adakah lebih baik untuk sy bli tiket flight (KL to LONDON) and return(London to KL) ataupun (KL to London) and return(France to KL)…????

    bcos, bile sy di France nant, xperlu la nak amik train p balik ke LONDON just nak ke airport..sbb perjalanan agak jauh kan

    hopfully, saudara faham apa yg sy cbe maksudkan…
    pandangan saudara amat sy hargai…

    tq
    hafiz

    • zairol79 says:

      Wsalam Saudara Hafiz..

      Bagus saudara amik tiket ke London dan balik ke Malaysia melalui Paris. saya cadangkan untuk jimatkan masa, saudara boleh spend 2 hari di London, then naik flight ( ryanair atau easyjet ke Amsterdam ) spend 1 mlm di sana.. dan naik bullet train ke Paris, spend 2 mlm sebelum balik semula ke Malaysia.. rasanya kalau tambah lagi satu hari OK kot, macam singkat sgt je… OK Good Luck..

      ________________________________

  19. Hafiz, says:

    slm…tq 4 d info…

    sy plan 7 hari saje utk travel….
    hopfully ckup utk cover at least 3 or 4 negara kan…

    mayb sy akan p germany jgak for 1 night,,,

    jika xkeberatan, boleh x zairol bg nasihat negara mana yg patut sy lawati dlu utk memudahkan perjalanan supaya dlm satu hala shj menggunakan train…sbb sy kurang arif ttg transportation di sana,,

    sy plan nak p London (3dys) – amsterdam (2days) – germany (1days) – france (2days)

    tq

    • zairol79 says:

      Wsalam..

      mmm kalau bujang ok la kot 7 hari.. setakat ambik gambar tu ok rasanya.. saya cadangkan saudara gunakan website http://www.bahn.com/i/view/GBR/en/index.shtml sebagai rujukan utk rancangan. saya dah try search tiket tadi dan dapat sedikit info mengenai masa perjalanan dan sebagainya. Jangan lupa untuk beli tiket awal-awal sebab tiket ICE dari Bahn.de dijual 3 bulan sebelum perjalanan… Jadi saya cadangkan saudara naik flight Easyjet ( tiket dah dijual – 40 Euro ) ke Amsterdam. Dari Amsterdam Centraal anda boleh bergerak ke Frankfurt Main Hbf terlebih dahulu dan kemudian baru ke Paris Est sebelum bertolak pulang ke tanahair. Ada saya coretkan pengalaman saya di Frankfurt, boleh tengok entri saya buat daytrip di sana pada 2009. Dari website bahn.com perjalanan ke Frankfurt mengambil masa 4 jam dan pulang ke Paris mengambil masa 3 jam 45 minit. Walaupun jauh tapi pakai bullet train ( 300 km/h ) sekejap je rasanya.. Rajin-rajinlah google kat Internet.. seronok bila buat plan sendiri ni..

      ________________________________

  20. Hafiz, says:

    tq 4 d info bro..
    sy ad sdikit lg pertanyaan jika saudara x keberatan…

    sy ni first time naik flight, so timeframe di malaysia n london sy x faham..

    1.
    contohnya sy tempah tiket dr (KL to LONDON) via airasia, on 24/3/2012
    Time departure: 0840
    Time arrived : 1440
    ** meaning that sy akan tiba di london 24/3/2012 at 1440 waktu LOndon kan????

    2.
    then tiket flight pulang (LONDON to KL)
    Date: 1/4/2012
    Time departure: 2305
    Time arrived : 1915 (+1day)
    ** meaning sy akan smpai ke KL pada 2/4/2012 at 1915 waktu malaysia kan??

    agak keliru skit..
    harap bro dpt perjelaskan…
    sy ni first time naik flight…
    just nak make sure btol2 before bli tiket…

    huhuhu…

    tqvm for ur time n patient..

    • zairol79 says:

      Saudara Hafiz..

      Yup, semua flight adalah dalam waktu tempatan, Kalau saudara check perbezaan waktu london dgn kita ialah 8 jam.. Malaysia GMT +8, London UTC atau GMT +0.. jadi maksudnya waktu di London ialah lambat 8 jam.. Jadi untuk flight yang panjang hampir 14 jam boleh menyebabkan jetlag yang amat teruk.. terutamanya bila waktu di malaysia sudah lewat malam tetapi masih siang di London, jadi kalau bolehdalam flight tidur ikut waktu Malaysia dan bila sampai kalau boleh jangan tidur dan cuba ikut waktu tempatan. kalau tidur sekejap petang tu tak jadi masalah..

      ________________________________

  21. hafiz says:

    tq bro…

    kne planning btol2 nak wat itinerary g travel europe ni…sbb bajet pon x byk..hihi.

    return flight tiket dh pon beli (KL-LON)…..
    cbe bro tgk sy nye itinerary, ok x utk save bajet dr segi transpot…

    sy nak cover london, brussel, amsterdam n paris…kalu bleh nak elak naik flight.,

    so dr segi transport, dari LON ke BRUSSEL naik EUROSTAR…
    then, BRUSSEL TO AMSTERDAM naik intercity train….
    AMSTERDAM to PARIS naik Thalys…
    PARIS to LON naik eurostar…

    ok ke tu? ke bro ad cadangan lagi baik…
    tq sangat2 bro atas cadangan yg di beri,,,

    • zairol79 says:

      Yup, kena planning betul2.. kalau bajet ciput lagilaa kena consider byk mende.. suprising hafiz tak beli tiket pulang dari Paris ek, sebab perjalanan balik semula ke London dah kira membazir dah.. by the way.. kalau betul2 backpackers, takat hand luggage je, apa kata Hafiz terus ke amsterdam dari london tu pakai flight, saya survey tiket flight kalau beli sekarang lagi murah dari tiket train. kalau flight sampai pagi kat london memang cun la, terus ke amsterdam lepas tu baru mulakan perjalanan turun ke paris melalui brussels. Macam tiket untuk march 2012 baru 30 Euro ke  Amsterdam.. Train ke Brussel pun dah 42.50 Euro. Apapun senang je, cuba compare dulu tiket, buat-buat macam nak beli kat website dia.. lagi satu refer google map utk tgk route mana yang terbaik.. selamat buat plan.. apa-apa kemusykilan boleh tanya ye atau PM.

      ________________________________

  22. hafiz says:

    tq…
    wow…really good idea…
    x terfikir pon…

    better smpi london, trus fly to amsterdam(2days) dlu, then brussel(1days) n paris(2 days)..last 3 days tu bru spend kat london kan…n trus fly home…

    plan nya mmg nak fly home from france tp tiket x available ..rosak plan….

    tq bnyk2…nant sy akan tnye lg….huhu..

  23. Ira Kartini says:

    salam zairol,

    wow…sy rasa blog u ni sangat jelas, bermanafaat dan mudah di fahami…sy & suami akan travel ke Europe selama 20 hari pd bln May & June 2012 nanti..merupakan hadiah dr suami sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke-12…Alhamdullilah & syukur ke hadrat Illahi ke atas rezekiNya..

    mmg betul cakap u, buat persediaan yg rapi & rajin surfing internet adalah sangat penting..dan skrg tiket pergi balik sudah di tangan..then tgh pening pula nk ‘adjust’ perjalanan yg terbaik…kami merancang utk menjejak kaki di beberapa tempat menarik yg masih di dlm ‘long list’… anataranya Amsterdam, Barcelona, Florence, Bern, Haarlem, Geneva, London, Milan, Paris, Pisa, Prague, Rome, Venice and Vienna..

    namun, bak kata suami..pilih antara 2.. nak trip yg ‘hectic’ tp boleh cover byk tempat..atau trip yg ‘relax mode’ tp kena sacrify byk tempat tk dpt pergi…so, nk minta lh sedikit pendapat dari u..tempat apa yang paling menarik yg kami mesti pergi…dlm kata lain..kalau tk pergi boleh menyesal dan terkilan..

    terima kasih didahulukan di atas bantuan yg diberikan…sy doakan perjalanan hidup zairol & keluarga lebih cerah, bahagia & diberi keberkatan oleh Illahi..amin.

    Ira Kartini

    • zairol79 says:

      Wsalam…  Terima kasih.. Tak salah utk berkongsi ilmu.. Sekurangnya dapat pahala secara tak langsung. Mmm 20 hari.. Byk yg boleh cover.. Jadi puan boleh cari pengalaman sebanyak yg mungkin, tak semestinya berapa byk tempat yg nak dilawati sahaja. Misalnya pengalaman naik sleep train dan bullet train, naik perahu kat venice, naik kereta kabel utk ski dan satu lagi pengalaman yg perlu dicuba, ” meet the local” Cuba tinggal bersama mereka barang sehari dua. Ada saya jelaskan mengenai website couchsurfing dulu. Percayalah puan akan rasa kekurangan jika tak cuba pengalaman tu. Insyaallah saya akan cuba ambik peluang itu utk trip saya tahun 2012 ni. Utk tempat menarik.. Antara yg wajib dilawati ialah paris at least 4 hari, Venice, pisa ( Florence), Rome, taman2 bunga di Netherlands, dan pemandangan di kawasan pergunungan di switzerland. Ketepikan keinginan utk shopping dan melihat bangunan tinggi dan cuba cari sesuatu yg unik dan tiada di negara kita. Selamat merancang perjalanan anda.. 🙂

      ________________________________

  24. Hafiz, says:

    Salam…

    bertemu lg…sy ade soalan nak tanye lg ni..

    1. sy ade bli tiket eurostar London to paris..sebelum train berlepas, nasihat saudara berapa jam awal sy perlu berada di station st.pancras ?? proses naik eurostar ni xde la hassle sgt kan…just scan barcode, then trus depart right?

    2. paris metro visitee pass utk 1 day tu bro beli terus di kaunter ke????

    3, apa yg merisaukan sy bila di europe ni, worst thing is kena rompak, hilang passport, pickpocket..minta dijauhkanla…duit cash bro letak dlm waist money bag mmg selamat kan? ad tips utk safety travel x??

    4. Perlu ke inform Malaysia Embassy di negara yg dilawati bahawa kita akan melancong di sana?

    5. Free public Wifi servis kat france, london, mudah didapati x mcm kat MCD ke??

    6. Kat france or london ni, katanya pukul 5,6 pagi dah cerah ….malam pula cepat sekitar 5pm pon dah gelap…betol ke? huhuhu..

    Okla..bnyk lg pertanyaan tp nant sy tanye lain…

    Tq Zairol 4 ur answer.
    —-HAFIZ..

  25. Linda says:

    Salam…

    Syoknya baca cerita awak berjalan tour Europe.. Jeles betol…hihi..Okayla..saya ni mcm plan nak ke Europe dlm next year Insyaallah…problemnya travel wif kids aged 5 n 4 yrs.. so… Ada few questions kalau boleh Zairol tolong jawabkan ye..hehehehe..da mcm main soklan kuiz plak..

    1)Plannya nak pegi ke London-Paris-Milan-Amsterdam tapi dengan bawak kids agak2 susah tak nak travel sendiri ala2 backpackers? Any suggestion tempat2 yg mudah nak bawak bebudak ni..

    2)Better beli tiket one way atau return di airport yang sama?

    3) Any hotel/hostel/home stay yg murah2 utk family mcm ni tak? How much in RM normally they charged?

    4) Kalu nak shopping mcm saya yg suka handbags kat mn yg murah?

    Tu dulu setakat ni…tq sesangat..WASALAM

    • zairol79 says:

      Wsalam.. Bila byk orang komen kat blog ni membuatkan saya nak pergi Eurotrip je lagi next year.. huhu sebab tahun ni dah plan melancong ke hemisfera selatan pulak..Anyway saya dah ada pengalaman bawa baby lagi ke Korea last year, baru 7 bulan.. kalau ikutkan anak akak yg dah besar tak jadi masalah pada saya, cuba byk kena ikut kerenah diorang je laa..

      1. London – Paris – Amsterdam – Milan – Rome ( balik dari Rome – KL ). Disneyland tak payah pergi, Singapore dah ada universal studio, ( dah jimat satu hari ) Backpackers? mmmm dari maksudnya pun dah tahu, backpackers back, so no trolly bag. kalau yg kecik tu boleh belikan backpack utk diorg, so jimat check in beg. Dalam tahun ni cuba join http://www.couchsurfing.org, cuba host family dari mana-mana, built up profile with good references, then bila travel nanti boleh menumpang kat rumah diorg especially yg dah ada family. This group is more to culture exchange bukan freeloader semata-mata. Saya dah join nanti saya ceritakan dlm blog kalau ada masa.

      2. Soalan dua dah jawap spt di atas

      3. Hostel or hotel boleh cari kat http://www.booking.com

      4. Shopping? mmm tak tau sgt la, tapi London ada tempat yg murah, kalau kat Italy, Milan utk feshen2, Florence utk barangan kulit.

      OK.. akhir kata, jgn malu nak tanya pak cik google kalau nak tahu lebih lanjut ek.. hehe

      ________________________________

      • linda says:

        Hehe…

        Thank you for reply. Tapi tahun ni mgkn tak kot ke sana..Insyaallah next year if takda aral melintang. Apa2 yg nak tau nnt saya tanya lg..part akhir kata tu yg tak leh handle…pakcik google da penat layan saya ni sebenornya..tak hbs2 surfing tgk info2 pasal tour europe ni..hehehehe..thanks once again…

  26. hani says:

    ms baca ni kat ofis.. blk rumah nk trus bukak… nk study betol2… sbb saya plan nk travel europe thn dpn… da start study, tp da tentu kene tny pakar jgk nnti, hihi…

    hati ni berhasrat nk travel dlm 15 – 20 hari… klu dr jumlah hari tersebut, agak2 brp negara saya boleh cover? cewahhh…

    sbb bila tgk on9, bole beli tiket train ke 23 negara, tp mcm mahal ya ampunnn n pensan klu nk pegi semua… tamak btol rsnyer… dgn nk ke london lg… mcm la bykkkk sgt duit… ;P

    tp ape pn, saya akan berusaha…

    trip ke korea bes x? saya pn pergi thn lps, tp december, 12 hari, dpt salji nipis jer… thn ni ulang lg… nk carik salji lbh lebat, n pergi 18 hari plak… seronok travel… cuma ikat perot la nk smpn duit, huk huk…

    • zairol79 says:

      Terima kasih kerana sudi baca blog ni.. anyway.. alang-alang cukupkan sebulan.. baru puas hari… takde bajet… join couchsurfing.org. Meet the local and be local when travelling.. start host org dulu kat rumah kita then nanti senang nak cari host.. saya pun dah start host org ( 5 org ) so nanti hujung tahun ni ke aussie dgn new zealand senang naj cari geng…

      Korea… huhu sekejap sgt pergi tahun lepas, trial bawak baby masa tu

      • hani says:

        alahai, klu sebln kene amik unpaid leave, pensan mak! hahah… psl couchsurfing tu, da pnh baca dkt blog http://budgettravel2korea.blogspot.com/ .. mmg la bes sbb bajet, tp x biasa la kot… lg pn keje, dok seremban… ape la sgt kt sban ni, bwahahah…. in future maybe la kot…
        besnyer… besnyer… ekceli enche zairol ni kt mana? siyes x baca abes, dok baca psl europe trip tu jer…

        kitorg berdua lg… xpela, lom ada rezeki, so, bejalan la sepuas ati dolu… nnti da ada baby, bwk travel around the world jgk (ckp xmo kalah, cm byk duit, ceh! )

        ape pn… ms memula survey… perasan psl europass tu, utk 23 ctries… berbaloi kah? cth mcm

        Every day within 21 days – US$844/person … berbaloi ker?

        mksdnye, bole la pegi mana2 country tiap2 ari pn xpe?

        br kelmarin jmpe kwn… x brp rapat, then dia kate jgn beli on9… dia kate, from london tu paris by eurostar br 79 pounds (kot, lupe exact amount)… pdhal tgk kt wesite on9, 195 euro… byk beza tu… so, seriously nk plan pn serba salah… dok mana lebih bagus, murah n senang… ketapi or flight? haish, runsing runsing….

      • zairol79 says:

        Saya kerja dan menetap di KL.. couchsurfing? mm kena laa berani, walaupun tak host org kat rumah kita, sekali sekala boleh laa jumpa kat mana-mana.. mula-mula ajak sapa-sapa yg dtg Malaysia turun Seremban ke, atau join diorg travel dalam Malaysia.. mula-mula memang laa berdebar, dah laa lidah tergeliat nak speaking… tapi seronok bila kita tahu kehidupan diorg dgn lebih mendalam…   Anyway, pasal Europass ni, bukan free pass ye, sebab anda still kena bayar harga tiket… tapi dapatlaa diskaun… mmm servay dulu harga dia macam mana, buat-buat macam nak beli tiket.. kat dbahn, tgv, sncd dan swiss punya.. tapi tiket utk tahun depan dia x bukak la lagi.. biasanya 4-6 baru dia bukak.. then subscribe newsletter dari semua train company, kala ada promotion diorang email…  OK.. selamat buat research… baca sama komen-komen dari entry saya ni… byk yg tanya soalan sama.. hehe

  27. hani says:

    owh, kt KL… tp selalu ke sana la yer? besnyer… td da baca jgk ms kt ofis, seronok… psl couchsurfing tu kene pkir byk dolu… akan difikirkan kemudian.. hihi

    chup chup.. europass tu bkn tiket? byr mahal2 ribu2 utk 2 org tp bkn tiket? so ape tu? aish… igtkn kira tiket la, pass utk travel dr 1 tpt ke 1 tpt…

    xpe, saya akan study lg psl europe trip ni… byk nk kene study… wpon ms panjang lg, biar masa yg panjang tu dipenuhi dgn research2 n tips dr otai cm enche zairol… akan subscribe jgk utk newsletter dan study bersungguh2… saya akan berusaha, fighting!

    btw, thanx psl email tu… x baca pn lg tp saya tau pastinye info berguna… tqvm…,

  28. wa says:

    Salam, zairol nak tanya ,
    Kalau saya plan nak ke Paris , london , Italy , Amsterdam dan Swiss, macm mana laluannya ek ?
    satu lagi transport , yang mana nak naik train dan kemana senang nak naik flight. Saya travel bersama suami dan anak kecik 2 orang ..:)

    • zairol79 says:

      Wsalam Puan Wa,

      Saya cadangkan begini… Flight ke London, jalan-jalan 2-3 hari , Lepas tu naik flight ( Easy Jet atau Ryan Air ) ke Amsterdam ( kekadang tiket flight lebih murah compare dgn tiket keretapi  bawah laut melalui English Tunnel), lepas tu naik train ke Paris melalui Brussel, terus turun ke bawah melalui Switzerland ke Itali melalui Milan, Florence dan Rome.. then flight back to Malaysia via Rome.. Ok happy planning…

      ________________________________

      • wa says:

        Terima kasih sebab banyak membantu , tapi sekarang ni saya macam confius nak naik dari stesen mana dan turun kat stesen mana..tapi tengah study jugak ni , rasanya macam nak skip london pulak,
        Kalau ikut route yang zairol bagi tu , kena naik dari airpot mana dan turun mana ? dan nak naik train dari mana turun kat mana ?

      • zairol79 says:

        Itu saya kurang pasti tapi untuk detail, puan wa boleh cuba buat-buat nak beli tiket kat website untuk flight macam easyjet.com dan keretapi seperti dbahn.com. dari situ kita dapat tau dari setesen keretapi atau airport mana kita akan naik

        ________________________________

  29. radzuan says:

    Salam Saudara Zainol,

    Ada tak budget airline dr Paris ke Venice atau Milan atau Florence. Cadangnya dari Italy ke Switzerland pulak naik train (cadang nak ke Bern, Interlaken dan Lucerne). Dari Switzerland bandar manakah terdapat Budget airline ke London sebelum pulang ke Paris untuk kembali ke KL? OK tak itinerary sayua di atas. Adakah ia menjimatkan? Saya akan berlepas KL-Paris pd 2 October 2012. Suhu waktu ini bgmana? Terima kasih terdahulu. ps: Saya akan pergi sekeluarga 4 org dgn seorang kanak-kanak 8 thn.

    • Mohd Radzuan A Tajuddin says:

      Terima kasih atas saranan Zairol yg sangat berharga. Cuma nak followup ttg connecting kos yg tinggi contohnya dari Paris city to Beauvais airport dan dr Venice airport to venice city centre. Saya dapati connecting cost lebih tinggi sbb airportnya jauh dr city centre dan lebih jauh tinggi kosnya dr harga tiket budget airline ke destinasi tersebut. Utk makluman, saya akan bawa keluiarge. Ada punya apa-anya nasihat untuk mengurangkan connecting kos ini? Terima kasih terdahulu.

  30. Aniss says:

    Salam,

    Saya nak minta pandangan saudara. Dah pening kepala google kat internet.

    Sebenarnya begini…suami ada conference kat Davos pada 9-14/12/2012. Kami (suami, saya dan 3 anak umur 17,15,11) plan nak pergi jalan2 sebelum dan selepas conference. Cadangnya nak ke Paris. Boleh tak saudara beri cadangan route yang sesuai atau negara2 yang boleh dilawati.
    Terima kasih.

    • zairol79 says:

      Wsalam,

      mmmmm sebenarnya saya pun tak tau Davos tu kat mana.. takpe saya akan cuba bagi pandangan sambil google dan research apa yg patut. Insyaallah selepas balik melancong bulan 11 nanti akan saya update pulak mcm mana trip dgn keluarga dan menjelajah satu negara. Tunggu dan boleh subscribe blog ini jika berminat. Anyway pada saya:

      1. Rugi beli return ticket dgn destinasi yg sama. MAS membolehkan puan tukar route balik samada melalui Paris atau negara lain. 2. Percutian puan agak singkat, rugi rasanya jika peluang seumur hidup dihabiskan sebegini singkat. Jika ada masa puan boleh transit di German barang semalam dua 3. Dari Davos puan boleh naik train ke zurich http://www.raileurope-asean.com/rail-products/journeys-insight/article/davos-zurich?lang=en&var_mode=calcul dan di Zurich puan boleh naik train direct ke paris menggunakan TGV kat http://www.raileurope.co.uk boleh beli online, tapi tiket utk december tak jual lagi.

      4. Selain train puan boleh gunakan low cost flight samada easyjet atau ryanair

      OK harap dapat membantu

      ________________________________

      • aniss buyong says:

        Sebenarnya saya mmg plan nak ke zurich dan paris. Akan naik klm ke zurich dan balik dr paris. Semasa di davos boleh juga ke chur. Nak ty kalau dr zurich tu boleh ke guna swiss pass dan satu lgi scenic train. Adakah round trip atau kena bermalam di mana2? Saya tgk perjlnannya lama. Bukan tak mahu pergi lama2 tp suami tak boleh cuti lama.

  31. Jeff says:

    sorry la, sy pun x tahu mcmn boleh nak tanya soalan nie..utk urusan visa ke europe, bagaimana agaknya yerk?ke visa on arrival jer..?brp eur?

    • zairol79 says:

      Anda tidak memerlukan visa untuk masuk ke mana- mana negara di dalam kesatuan Eropah. Cukup isi borang masuk yg diberi dlm kapal terbang saja.

  32. zaki says:

    salam. hanya utk bkongsi pgalaman. catatan saudara byk mbantu sy mlancong tempoh hari. tq. walaupon sy cuma pergi london dan paris tpi sunggoh enjoy. flt sy dri KUL ke heathrow airport dgn pesawat MAS. duduk di london 3D2N dekat hotel kings cross..lepas tu ke france dgn train. di france 3D2N dan KLIA. Kos utk 2 org dlm rm2,300 tak tmasuk tiket kpalterbang.

  33. ana says:

    flighte + accom + money pocket berapa yek

  34. nazree says:

    salam bro zairol, satu perkongsian ilmu yg cukup menarik bagi saya. saya teringin sekali nak membawa isteri dan anak2 bercuti ke europe, tapi persoalan2 yg selalu bermain di benak kepala nie mcm2..i’Allah, saya akan terus membaca ilmu2 yg telah di share dekat sini utk merancang bakal percutian saya nanti yang entah bila..tapi i’Allah..tengah semangat nih..mcm mana saya boleh interaksi dgn bro zairol kalau perlukan pandangan expert bro zairol..ada email?

  35. Zaki says:

    Assalam Zairol. sy bcadang thn 2014 nak bcuti 10-14 hari utk pergi sekali lagi ke Eropah. cdangnya nak pergi sebyk boleh ke beberape negara Eropah tu iaitu London(UK) -Paris(France) – Brussels(Belgium) – Amsterdam(Netherlands) dan Frankfurt(Germany).,.utk pergi tiket dri KUL ke LHR London. utk balik ke KL semula sy ada 3 pilihan airport iaitu Paris/Frankfurt/Amsterdam ( Flt Malaysia airlines). mohon bro Zainol dpat mberi pdangan dan nasihat…yg boleh mbantu pjimatan masa dan tenaga serta wang ringgit(semestinya). Cuti-Cuti LUAR Malaysia

    • zairol79 says:

      Wsalam.. Macam kenal je dengan Bro Zaki ni, 🙂 anyway saya pun plan nak ke Europe jugak 2014, point enrich dah cukup untuk return tiket ke Europe.. plan saya landed ke Istanbul dan balik semula naik Airbus 380 dari London. Cool kan? Macam Zaki dah pernah ke London dulu , bagus untuk kali kedua pergi ke Europe timur pulak, Bosnia, Prague tu antara negara yang cantik dan murah, bukan senang nak jumpa org Europe Islam..Cara yang paling murah, of course solo backpacker traveller ( saya plan dgn kawan saya nanti ) membujang sekali sekala.. dan untuk accomondation free saya akan pakai couchsurfing, stay dengan local supaya pdapat lebih banyak lagi pengalaman..

      ________________________________

  36. tasha says:

    Salam bro roy, tgh2 browse psl europe trip terjumpa lak blog bro ni. Nak tanya pendapat, kami group seramai 7 org nk backpack in shaa Allah dlm 14hr. Flight KL-Paris-KL. Plan nk ke Paris – Brussels – Amsterdam – Frankfurt – Innsbruck – Italy (Rome/Venice/Florence) – Swiss – London. Dah pening nak plan dr Paris nk masuk mana dulu? London ke, Brussels ke or Amsterdam ke? Pastu ape transport yg paling murah yg patut kitaorg amik? sewa kereta ke atau train atau bus? harap bro dapat membantu. Tima kasih

    • zairol79 says:

      Wassalam, thanks bro, rasanya blog ni hits pun sebab europe trip je, anyway, route korang mcm susah sikit la,

      1. Return ticket yg sama agak menyusah kan walaupun harga tiket dia nampak murah, tapi last last the best option korang ialah kena balik jugak flight dari rome kembali ke paris. Kena jugak belanja dlm 100 euro paling murah.

      2. Try plan route korang dari google map, buat satu garisan dari hujung ke hujung atau dlm bulatan tapi masalahnya paris kat tengah, so korang akan terpaksa buat two way route contohnya dari amsterdam kembali ke paris atau london kembali ke paris. Yg lain boleh terus turun ke bawah melalui german, austria, swiss dan italy. Atau austria, italy, swiss dan balik semula ke paris.

      3. Rasanya london x payah pergi la kot, kena naik bot atau under sea tunnel, tiket dia boleh tahan mahal, dan britain is not part of Europe, everything in GBP.

      4. Haha mestilah train paling murah..

      Cuba plan dulu, anything boleh tanya saya..

  37. marni says:

    As salam…nk tanya pendapat saudara..sy akan bercuti pada 22/5 – 8/6(london-paris-milan(nice-pisa-florence)-london..sy tgh survey hotel or apartment yg reasonable..bleh bgtau mcm ne sy nk booking hotel,eurotrain,easyjet..semuanya sy booking sendiri..ni 1st time sy bercuti di europe..kalu bleh saudara email pd saya myna82@gmail.com utk explain lebih detail.tqvm

  38. Put says:

    Salam saudara,
    Terjumpa blog saudara dlm nk mencari info ke London-Paris. Sebenarnya saya baru je beli tiket 2hari yg lepas dan akan ke London pada 21-27/3/13 ini. Kiranya ni mcm trip gamble & last minute punya plan.
    Utk pengetahuan ini kali pertama sy ke London,klu sebelah Germany sy pernah sampai lah sbelum ni, cuma London-Paris baru je nak menjejak kai disana.Untuk trip ni saya juga dah beli tiket return London-KL, soklannya:

    1.Untuk tempoh 7hari London-Paris lama sangat ke?Apa tempat menarik yg boleh saudara cadangkan?
    2.Klu nak ke liverpool atau Manchester jauh ke dari London?day trip boleh ke ataupun utk 7hari ni mmg sesuai utk pergi 2tempat sahaja?
    3.Klu di London & Paris boleh cadangkan area mana yg senang saya nak duduk, yg mana memudahkan saya nak dapatkan public transport dan jalan kaki ke central.

    • zairol79 says:

      Wsalam..

      Ok secara ringkas saya jawap soalan cik seperti di bawah la ye..   1. Saya tak pernah sampai ke London lagi, pada saya kalau ikutkan 7 hari ni sekejap je untuk dua Negara, sekurangnya10 hari baru best.. Anyway untuk tempat menarik anda boleh refer ke website tripadvisor.com.. Kalau di Paris, semestinya laa Eiffel Tower dan tempat seperti saya ceritakan di blog ni..   2. Di London, anda boleh tengok jarak antara tempat melalui map.google.com. Kat situ kita boleh anggarkan berapa jauh antara tempat-tempat yang hendak dilawati.   3. Untuk penginapan, anda boleh booking hotel melalui website booking.com kat situ kita boleh view hotel melalui peta, jadi kita tau mana stesen jeretapi yg terdekat. Macam saya dulu saya menginap di Cambrai Hotel.. dlm 100 meter dari Gare De Nord.. Kat setesen tu boleh naik Eurostar trus ke London.   Terima Kasih..

      ________________________________

  39. liza says:

    Salam,

    Saya nak tanya…sy akan ke Paris end of Oct 2013…ada conference 2 hari di Paris…sy bercadang nak bercuti selama 8 hari utk cover Europe (mana yg sempat) dh alang2 sampai sana nnt…blh ke En. Zairol usulkan itinerary yg sesuai utk sy…sy akan pegi berdua dgn suami..cadangnya nak cover PARIS-VENICE-MILAN-SWISS….atau apa2 itinerary yg menarik yg blh dikongsi? klu boleh sy nak masukkan london sekali tp takut tak sempat…ni first time sy akan ke Europe so byk benda yg sy nak tahu…TQ in advance jika sudi bantu sy…

    • zairol79 says:

      Wsalam..

      Ok puan boleh ikut route mcm saya dulu, utk lebih menarik puan boleh naik sleeping train 11 jam dari Paris ke Venice, semalaman di Venice dan bergerak dari Venice ke Rome, Rome ke Florence – Milan, Zurich dan Kembali ke Paris.. luangkan masa sekurangnya dua malam di sesuatu tempat.. Kalau masa suntuk puan boleh naik flight dari Zurich kembali ke Paris… UNtuk memudahkan puan boleh rujuk dgn google map dan Bahn.com untuk rangkaian keretapi, untuk membeli bullet train di Italy boleh gunakan website trenitalia.com

  40. Aila says:

    Hi, saya nak tanya kalau di kota paris di mn hotel budget yg boleh saya stay.. Dan tidak jauh daripada shopping mall.. Memandangkan yg pergi semua ladies.. We prefer to stay not far from the crowds.. Terima kasih..

  41. Wah..menarik blog saudara..dah jadi tripadvisor. ..

    • zairol79 says:

      Terima Kasih,, hehe.. itulah… byk jugak komen seperti tourist guide jadinya.. apapun ilmu, bagus dikongsi bersama…

      ________________________________

  42. Lily says:

    salam,
    blog ni sgt mnarik n mbantu. sy plan nak travel next year. Travelling with parents, sister and husband including our baby girl. Next year time nak travel dalam 1thn stgh. Bleh ke sy nk mntak pndapat sket ttg plan kami ni:
    1) kami plan nak start dari paris. from there we would like to visit italy, vatican city, germany, netherlands and belgium. ktorg akan balik malaysia dari amsterdams. saya da search byk2 page tp mostly people start from london. rugi ke kitorang start dr paris and tak ke london?
    2) yg mana lbh sesuai (sb ade baby) amek flight or sleep train? dr paris ke milan or ke rome lbh baik? kami nak cover milan, rome and venice.
    3) mcm mana dgn penginapan? kat mana nak book awal utk dpt cheaper rate?
    4) MAS airlines considered cheap or kami bleh try airlines laen utk dptkn cheaper flight ticket?

    thanks a lot in advance sb mlayan soklan2 sy. Thanks! kalo ade soklan lg sy bleh refer sini lg kan?

    • zairol79 says:

      Wsalam…

      travel dalam 1 tahun setengah? wau menarik tu.. Hajat hati saya macam tu jugak? tapi ongkos tak cukup.. byk saya jumpa traveller yg resign pas tu travel around the world. mmm ke baby girls tu baru setahun setengah? hehe

      -Actually mana-maan tempat boleh start, cuma kebanyakan orang return flight dari airport yg sama.. dah jadi kerja dua kali… so puan boleh bukak google map dan plan perjalanan anda. – Travelling dgn baby ni challenge sikit sebab semua baby tak sama… ada budak yg enjoy scenery sampai tak kisah, ada budak pulak dia jenis nak main je.. semua bergantung.. jadi terpulang pada puan… puan boleh cuba dulu kat Malaysia ni.. tapi sleeping train adalah yang terbaik utk nak merasa long distance train.. – Puan boleh book kat website booking.com, ada map view.. senang -Qatar airway is cheaper than MAS.. subcribe dgn website diorang dan juga MAS untuk tgk promosi terkini.

      No problem.. byk pahala kalau berkongsi ilmu ni..

      ________________________________

  43. Ida says:

    Hi, Assalamualaikum..
    Saya nak tanya pendapat en.zairol tentang short trip saya 22/8-27/8 ni.. Saya di Algeria dan akan kluar dr sini plannya nak ke paris dan disneyland shj, tp bila baca2 dlm ni mcm best pulak nak merayap tmpt2 lain.. Saya tgh pening nak susun short trip ni sbb kalau bole nak cover 3-4 tempat yg dekat2 sini saje nak tgok2 pemandangan.. Since dah terbaca disini so nak tanya en.zairol kalau saya di algeria nak ke negara mana dulu yg best dan dekat tp nak jugak ke paris tu.. hehe
    Dan saya akan travel dgn anak kecik 3thn dan suami..
    Tq in advance for sudi menjwb soalan sy..

    • zairol79 says:

      Wassalam..

      Mmmm 5 hari je ek? Sekejap sangat tu, Algeria nak ke benua Europe to agak jauh gak , kena naik bot ataupun flight.. so negara terdekat ialah Italy je. Anyway puan boleh balik ( ke Malaysia ) dari Paris..dan boleh mula dari Italy dulu, ikut je route saya tapi the other way round. Rome, florence, venice pastu boleh naik sleeping train dari Venice terus ke Paris, so dalam masa yg sama boleh merasa berjalan kat Germany walaupun tak singgah.. Memang pack kalau ikutkan semalam untuk satu tempat… mmm venice kalau naik train pagi dari Florence tak perlu bermalam di Venice takpe.. malam tu boleh naik train terus  ke Paris.. so dapat laa 2 malam di Paris sebelum balik ke Malaysia..

      OK Good luck for your plan..

      ________________________________

      • Ida says:

        Hi tq for reply en.zairol,
        Skrg ni date dah tukar ke 7hari kat paris shj, saya masih blur lg nk singgah mana dulu, flight saya mmg dr algeirs ke paris, tak balik msia return ticket pun ke algeria semula..saya stay di algeria utk 1thn jadi ambik kesempatan la nak buat euro trip, so let say sya start dr paris kemana tmpt yg wajib pergi yg saya bole cover 7 hari tu.. Kalo dr reply en.zairol dr italy dulu tp memandang kan tiket mmg dah beli turun paris dulu tu yg sya tgh pk nak g london dan kawasan dkt2 yg bole balik hari? Mcm g Belgium ke switzeland ke? Apa pendapat en.zairol? Dan semua destinasi tu bole naik train je ke?Maaf la yer saya mmg no idea mana nak jln dulu kat europe ni..hehe

      • zairol79 says:

        Mmmm puan boleh google utk maklumat lebih lanjut, semua negara Europe boleh dihubungkan melalui keretapi,  nak ke london boleh pakai train bawah laut selat Inggeris. Jadi cari termudah boleh bukak google map dan rancang perjalanan anda. Tiket train semua dapat beli online.. dan untuk merujuk masa dan connection tiket boleh pergi ke website train dari Germany. http://www.bahn.com. Swiss living cost dan harga tiket keretapi agak mahal, jagi boleh cuba ke Amsterdam dan Brussell.

        Selamat Merancang

        ________________________________

  44. Aniss says:

    salam,
    hujung tahun ni saya akan ke London. Cadangan nya nak buat day tip dr London. Boleh bagi cadangan mana tempat menarik yang boleh saya pergi? Yang kedua, saya bercadan selepas ke London, saya akan ke paris. Method transportation mana yang paling menjimatkan?

    • zairol79 says:

      Wsalam, saya belum pernah pergi ke London, tadi untuk day trip ke mana-mana negara di Europe senang je.. train byk dan kerap.. jadi tiada masalah

      ________________________________

  45. Is3ka says:

    Salam en zairol boleh bg suggestion route utk sy dan suami (berdua shj) travel paris-swiss-germany dan italy..tqvm

  46. Hello, i think that i noticed you visited my web site thus i got here to return the want?.I’m trying to in
    finding issues to enhance my website!I suppose its
    ok to use a few of your ideas!!

  47. Thanks for sharing such a fastidious thought, paragraph is pleasant,
    thats why i have read it completely

  48. mimi malini says:

    Assalamualaikum en zairol. Blog yg sgt bermanfaat kpd traveller yg najet ciput hehe.
    Saya nk mohon pandangan en zairol berkenaan trip yg saya plan
    5-15 mei 2014. Saya cadang naik MAS kl-paris-kl sbb bawa parents (65 tahun).
    Nk mohon en zairol komen itinerary saya
    Kl-paris : 4-5 mei
    Paris – munich (naik flight) : 5 mei
    Munich ( stay umah kwn) : 6-7 mei

    Kemudian sewa kereta dr munich

    Munich – innsbruck : 8 mei
    Innsbruck -venice : 9 – 10 mei
    Venice – lucerne : 11 mei
    Lucerne – brussel – holland : 12 – 13 mei
    Holland – paris : 14 – 15 mei
    Paris – kl : 15 mei

    Ok ke? 1st time ke europw

    • zairol79 says:

      Wsalam.. Thanks… itinerary tu mcm ok je utk org muda macam kita, tapi pada saya kalau nak drive satu hari sampai 7-8 jam tu agak memenatkan tambah kalau bawa orang tua, Cik boleh refer kat direction dari google map yang saya attach ni,  https://goo.gl/maps/BvytJ kat list all step tu sampai ada dekat 700km utk sehari. dan perlu ingat harga petrol di Europe agak mahal. Saya cadangkan cari je bullet train untuk bergerak kat sana… kalau itinerary dah fixed boleh book sekarang dgn jarga murah… untuk route ke seluruh Europe boleh refer kat http://www.bahn.com, register as a member untuk senang nak refer dan tukar tarikh…anyway panjang umur boleh jumpa di sana… saya akan travel as banchelor backpacker & hitchhiker selama sebulan dari istanbul ke Paris Mei nanti… 🙂

      ________________________________

  49. Isyay says:

    Insya Allah saya berempat sekeluarga akan ke spain, itali dan greece cuti sekolah nanti, Insya Allah. Dah beli tiket kapalterbang semua naik ryanair from london ke spain (3 hari) dulu (granada-cordova-seville/malaga) sebelum ke itali (4 hari) Milan airport/Milan terus ke Venice-Florence/pisa-rome. Dari rome terbang ke greece (3 hari): Athens dan Santorini (anak kata santorini cantik tapi berbaloike sbb mahal). Isu sekarang adalah transportation dan accommodation dalam negara. Saya dah google italiarail.com dan ada tiket dari milano central ke venice $52 second class economy utk 4 orang (ok ke ni?). Ini keretapi lajuke atau slow train? Accommodation pun belum pasti lagi walaupun ada juga google sana sini. Maaflah saya baru baca komen2 saja, belum lagi baca isi blog en zairol. Baru nak ke europe ni sebab nak ziarah anak yg belajar di Dublin, Ireland. Dari situ baru terbang ke negara lain.

    • zairol79 says:

      nampak memang padat.. tapi acceptable.. greece saya xde idea sgt tapi mungkin mahal sebab keadaan ekonomi di sana.. so peluang utk scam pelancong agak tinggi. untuk train di italy boleh check kat http://www.trenitalia.com. register sebagai member di situ supaya boleh tukar tiket bila-bila masa… kalau beli awal agak murah.. dan setiap train akan di paparkan bullet train atau tidak berdasarkan nama dan tempoh perjalan.. good luck..

      ________________________________

  50. irni says:

    Salam…saya plan nak travel dari istanbul ke negara2 eropah. Boleh suggest x negara mana yg boleh cover dlm masa seminggu by train. trima kasih…

    • zairol79 says:

      Wassalam.. Unfortunately.. Kalau pakai train x boleh sebab Malaysian perlu visa utk ke serbia.. Anyway boleh check Pegasus airline utk flight je Eropah dari Istanbul

  51. azizal says:

    salam,
    boleh saya tanya Paris Visitte tu boleh beli kat mana?

    • zairol79 says:

      Wassalam, cuma tuan boleh beli di mana mana pejabat SNCF yg terletak di stesen stesen metro.

      Sent from my Sony Xperiaâ„¢ smartphone

  52. farah ramli says:

    Salam. Saya sudah membeli tiket Kul-Lon 15/11/14 dan balik semula ke KL 27/11/14. Saya belum menyusun itinerary untuk 12 hari di sana. Untuk pengetahuan, saya akan membawa bersama ibu (75 tahun) dan 2 anak berumur 9 dan 5 tahun. Mungkin perjalanan agak terhad sebab tidak mahu mereka keletihan. Saya berharap en zairol dapat memberi sedikit nasihat bagaimana untuk merancang perjalanan kami ni.
    Sekian, terima kasih.

    • zairol79 says:

      Wassalam… Perjalanan bersama keluarga pada semua peringkat umur amat menarik dan memerlukan byk masa rehat.. Saya bagi tips sikit bila buat planning.. – Booking hotel berhampiran dgn stesen keretapi atau tube. Perlu diingatkan setengah stesen metro yang memerlukan transit agak jauh antara satu sama lain. – Boleh beli pakej hop on hop off bus supaya mudah bergerak. – Beli 3 days pass utk unlimited train and bus. Kekadang bergerak dgn bas tak memerlukan jalan yg byk. Setiap bus hanya akan berhenti di Bus Stop yg ditetapkan sahaja. – Puan boleh download apps Osmand+ utk offline map tanpa puan memerlukan pakej data roaming. Apps tersebut ada sekali dgn public transportation dan juga bus stop – waktu musim sejuk Kekadang tak menyenangkan. Siang yg pendek dan suhu yg tak menentu. Pastikan baju yg sesuai di bawa ye. Yg best harga hotel agak murah di waktu tu. Ok selamat merancang

  53. syahida says:

    Duk kat hotel mana yer..dkt ngan metro x..tq

  54. Norsiah says:

    Asalam, kami bercadang 5 dewasa 1 kanak (2thn) ke Italy thn depan. Mohon bantuan En. Zairol bagi cadangan nak masuk mana dulu, Paris, Milan, Venice, Florence, Rome (9h 7m). terima kasih..

Tinggalkan Jawapan kepada norazlin abusman Batal balasan