Europe Trip part 2 – Day 2 in Paris

Assalamualaikum..

Hampir 3 minggu tak update blog sebab outstation kat Bintulu, keje macam lembu sampai malam baru balik.. yelaa bila dah tua-tua ni macam dah tak larat dah nak outstation.. patutnya tua-tua ni jadi manager dok opis.. kan best..

OKlaa. Antara hobi saya adalah melancong, dan saya suka mencuba sesuatu yang baru dan mengenali cara hidup orang lain. 2 hari kat Paris agak memenatkan, siang malam kami keluar berjalan, dah tahniah kepada kawan saya sekeluarga, walaupun umur dah hampir separuh abad tapi masih kuat lagi berjalan.. mungkin sebab semangat europe trip yang memerlukan belanja yang amat mahal tu boleh hilang segala lengoh kat kaki..

Hari Kedua

Hari kedua di Paris dimulakan dengan sarapan Maggie dan mentelaah lingkaran Metro Paris yang bersimpang siur nampaknya. Linkaran Metro Paris tak sama dengan Google Maps, sebab Google Maps, peta dia ikut skala tapi Metro dia main lukis je, jadi kekadang nampak kat peta, stesen transit untuk ke Line Metro yang lain nampak dekat, tapi realitinya kami terpaksa berjalan jauh di dalam terowong bawah tanah untuk ke stesen yang lain. So kena rajin-rajinlaa check Google Maps sama… walaupun tak pakai Iphone anda boleh beli handphone yang ada Google Maps serendah RM500 sahaja macam saya. Tapi make sure kena beli prepaid line sana la sama. Beli pakej data serendah 10 Euro macam yang saya beli kat Germany (actually pinjam hehe) O2.de . Ini kerana agak susah untuk kita menyuruh diorang ni cakap ongputih, walaupun kita tanya budak-budak muda. Jadi mulakan dengan cakap Perancis sedikit dan kalau bernasib baik baru diorang layan. Tapi pada saya semua maklumat ada kat peta, google maps, signboard kat jalan dah cukup untuk anda melancong. Apapun kat hotel anda boleh tanya receptionist diorang sepuas-puasnya..

Ni la network Metro kat Paris.. ni belum termasuk network Keretapi ke seluruh Eropah lagi

Perjalananan kami pagi tu dimulakan ke Musee De Lourve ( Museum De Lourve ) muzium terbesar di dunia. Bayaran masuk ke Museum ni adalah percuma pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan.  Dahlaa cuti easter waktu tu, cuti sekolah seminggu, pastu Early Spring pulak tu, jadi melepas la kami untuk masuk ke dalam muzium tu disebabkan beribu-ribu orang beratur panjang untuk masuk sampai kena buat kuota pulak… yelaa kalau diorang bagi semua masuk, mau tak roboh muzium tu jadi pasar malam… nanti saya akan upload video org beratur panjang nak mampus tu. Jadi macam biasa kami pun bergambar sakan je la. Yang penting bukti gambar kena ada.

Nampak tak orang beratur panjang nak masuk muzium tu... sebenarnya hampir keliling bangunan diorang buat barisan

Satu simbol premason macam dalam cerita Da Vinci Code.. hehe

Part time Tourist Guide, to make sure we are not lost . Besar tanggungjawap tu

Sebab dah tengah hari dan perut pun lapar, tambahan pula kawasan tersebut jauh dari restoran halal, kami pun bertolak balik ke hotel dengan naik Metro. Asyik-asyik naik metro je kami selama 2 hari kat sini. Kami beli 3 day pass iaitu Paris Vissite ( 12 Euro kalau tak salah ) yang membolehkan kami naik je apa-apa Metro, Bus, RER ( komuter ) kemana-mana tempat di Paris  untuk 3 zones pertama di tengah-tengah Paris. So tak kisahlaa nak sesat ke, apa ke. Tapi alhamdulillah kami tak sesat, cuma banyak masa je dihabihkan study map. Petang tu selepas makan kat Resturant kebab kat hotel kami pergi naik bangunan tertinggi di tengah-tengah Paris (Tour Maine-Montparnasse (Maine-Montparnasse Tower)  ke tingkat 56 ( 210 meter ) untuk melihat Paris dalam 360 darjah ( 11 Euro dengan 1 Euro diskaun dengan Paris Vissite ).  Melihat bandar yang terbesar di Eropah  dimana semua bangunan lama di jaga rapi. Kawasan perumahan apartment di satukan dengan bandar menyebabkan ianya kurang sesak berbanding Kuala Lumpur. Yang penting pengangkutan awam dia yang amat efisien mengurangkan kesesakan yang amat ketara.  Waktu menunggu setiap train ialah maksimum 5-6 minit sahaja.

Macam kotak lego je bandar lama diorang ni

Salah satu Stesen Keretapi untuk ke sekitar Europe dan France dari 3 buah yang ada. Gambar kecil Eifel Tower dan kawasan bandar baru di belakangnya

Lepas tu, dengan Metro lagi kami ke Arc de Triomphe, iaitu satu mercu tanda kat tengah-tengah roundaboard di Paris. Ada muzium kat atas nya. Kalau tak nak kena langgar, sila gunakan lorong bawah tanah untuk ke tengah-tengah roudaboard tu, so kena keliling dulu laa jalan kat tepi dia untuk cari terowong tu.  Bangunan ini di bina 1806 setinggi 50m ditengah-tengah roundaboard sebagai persimpangan untuk 12 jalan di tengah-tengah Paris.  Tapi roundaboard ni bukan di bina pada tahun 1806 ek.. jgn salah paham.

Gambar pokok ini diambik untuk cover construction yang ada kat Arc De Triomphe tu. Objek di belakang pokok tu sebagai pembolehubah sahaja..

Malam tu kami terus ke Eifel Tower.. tempat wajib dilawati di Paris.. Sebab binaan dia hanyala besi, so kami buat keputusan untuk pergi di waktu malam.. memang berbaloi walaupun mcm biasa kami tak berkesempatan nak naik ke atas dengan orang yang beratur ramai dan kaki pun dah penat dan lapar.  Lampu yang dipasang memang cantik, sebab tu Paris juga digelar City of Light. Dengna suhu yang dalam lingkungan 6-10 degree celcius, malam tu kami balik ke hotel dengan rasa tak sabar-sabar nak mandi air panas dan makan burger daging yang panas tapi tak pedas sebab takde sos cili.

Eifel Tower di waktu malam. Gambar kecik tu bila dia bukak lampu kelip-kelip laju yang amat terang tu..

40 Responses to Europe Trip part 2 – Day 2 in Paris

  1. Syahril berkata:

    Salam buat abam roy yg dok bz x abih²

    hmmmm. . pasni p antartika pulak ka?

    hehehehe

  2. zairol79 berkata:

    wsalam. shah hang keja kat damansara perdana lagi ka? Ada keje kosong tak? IT based untuk wife aku..

  3. nur berkata:

    assalamualaikum..abang..best giler dapat pi germany!!aku dan kwn2 mang teringin tapi takut sesat kat sana..kat sana anti dimana leh dapatkan pemandu pelancong???tukaran mata wang punyalah mahal!!

  4. zairol79 berkata:

    w’salam nur… syukur rezeki kerja dengan syarikat german… apa nak takut, zaman sekarang semua ada, google map dan byk guide kat internet, ada tips yg saya tulih sebelum2 ni.. tapi kalau nak jimat lagi try join http://www.couchsurfing.org. kat situ kita dpt cari kawan, dan untung dpt dok free kat rumah diorg bila kat oversea,

  5. Syahril berkata:

    x dak lagi la bg roy ooiiiii. .

  6. siti berkata:

    salam, browse2 pasal paris n jumpa website ni..thanx a lot 4 d infos. sy book tiket flight airasia promo ke paris bulan 10 tahun depan. stay 4 hari tapi di paris je, ingat nak pegi negara2 jiran e.g german, italy, london tapi bajet tak cukup lah :)

    • zairol79 berkata:

      Wsalam, terima kasih kerana sudi membaca blog saya… gunakan peluang seumur hidup dgn sepenuhnya… tapi saya cadangkan yani buat day trip ke German dengan naik bullet train ICE ke Frankfurt ke.. tak jauh sgt… tiket pun kalau beli awal tak mahal… bila lagi nak merasa naik keretapi laju…

  7. zuraini zainal berkata:

    salam. saya nak ke paris dll pada Mac 2011. Dlm 10 hari. Nak cover London juga. Tlg suggest mana lagi saya sempat cover. Venice, Monaco? Tlg advice.

    • zairol79 berkata:

      Wsalam

      Saya cadangkan anda habiskan masa 3 malam di paris, 2 malam di London, 2 malam di netherland ( Holland ) dan 2 malam di germany.. semua negara tersebut dapat di akses melalui keretapi…

      Pilihan kedua anda boleh naik sleep ( overnight train dari paris ke venice) jadi jimat dah sewa hotel semalam. Day trip kat venice dan naik keretapi ke Florence, kat florence boleh naik regional train ke Pisa… Anda perlu ingat musim bunga baru je bermula, suhu agak sejuk di sebelah utara. Jadi mungkin pilihan kedua adalah terbaik. 2 malam di Florence, dan anda boleh naik train naik semula ke Paris melalui Switzerland. Buat perancangan yang bijak.. kalau boleh tiket keretapi beli awal… mcm kawan saya sebab lambat beli tiket dari mannheim ke paris, dah jadi sampai 178 euro berbanding saya 79 euro. Padahal dia nak pergi ke Paris lagi 3 minggu.

  8. nasi dagang berkata:

    Salam, saya akan ke Lon turun STN on 14/5/11 dalam 10 hari, next day to Holland frm STN, next to Paris back to Lon baru pusing2 Lon. Any idea utk tempat tinggal yg bajet? Sy g berdua ngn suami.
    TQ

  9. zaki berkata:

    salam zairol. menarik baca coretan saudara mlancong ke eropah. saya dan isteri ada tiket pnerbangan ke londonHeathrow). pada bulan 4 atau 5/2011 ni sy merancang nak melancong ke London dan paris dan negara2 jirannya dgn mggunakan train. mau travel sendiri sperti backpacker travelers. utk jimatkan kos.minta pdangan sikit.

    • zairol79 berkata:

      Wsalam Zaki Terima kasih atas kesudian baca blog saya, tak salah kongsi2 ilmu, untuk travel sendiri ni, banyak cabarannya dan byk yg akan kita enjoy nanti, tapi pastikan buat persedian awal la, seperti yg saya tulih dalam blog ni, pastikan zaki dah sewa hotel, beli tiket train sekurangnya 2 bulan awal..( april & mei waktu peak ) Kalau dari london, zaki boleh naik Eurostar ke Paris, dan kalau zaki stay lama, minta tukar tiket return sama ada dari itali atau frankfurt atau istanbul ( kalau bajet lebih ) Zaki tak beritahu berapa lama kat sana, jadi kalau ramai zaki boleh cuba night train dari paris ke venice, sewa satu couch untuk 4 org atau 6 org, tak salah kongsi dgn orang lain, lagi byk pengalaman. kalau nak jimat cuba register kat couchsurfing.com, dalam masa 2-3 bulan ni join gathering diorg kat KL, mana tau dpt kawan dari London atau Paris, boleh stay free kat rumah diorang nanti. apapun gunakan power of Google sepenuhnya.

      • zaki berkata:

        tima kasih saudara Zairol, pdangan dan cadanan yg bagus utk sy ambil sbagai pduan dsana nanti. nampakgaya sy akan gunapakai pdangan saudara Zainol kpada Zuraini zainal iaitu habiskan masa 3 malam di paris, 2 malam di London, 2 malam di netherland ( Holland ) dan 2 malam di germany.. semua negara tersebut dapat di akses melalui keretapi… .
        kalau saudara Zuraimi tiada masalah utk sy dan isteri join melancong bsama kecil tapak tangan , stadium bukit Jalil sy tadahkan.hehe. tima kasih saudara Zairol. brovo

  10. izwan berkata:

    salam bang,

    saya plan nak travel to europe this november, total 11mlm.. ada cadangan mana2 negara blh dilawat selain paris, london dan milan (daytrip)

    • zairol berkata:

      wsalam.. ikut mana flight saudara, kalau turun paris boleh pusing Europe pakai train, naik train ke munich , Switzerland, venice dan balik melalui Rome, pergi ke tempat yg orang tak cakap English, lagi mencabar…apapun saudara boleh rujuk blog ini dan baca juga komen-komen yang ada..

  11. zaki berkata:

    salam saudara. sy baru balik dari melancong ke london dan paris, memeang betul travel sendiri2 memang seronok sekali, semua masa atas kita, nak pergimana ikut suka hati . enjoy betul,mula2 memang rasa takut maklumlah nak pergi tempat org jauh pulak tu. setelah baca tip2 catatan pjalanan saudara ni membuat sy lebih yakin sedikit, sekarang setelah balik dari sana keyakinan dah mmjadi 99%. (tak boleh 100% nanti sy taraf dengan saudara)lepas ni dah tak risau lgi nak pi melancong. tima kasih dari sy, semoga catatan saudara ni byk mberi mnfaat pd org yg nak pergi melancong dgn bajek yg kecil sperti saya.

    • zairol79 berkata:

      Wsalam… terima kasih keran amenjadikan blog saya sebagai rujukan.. mesti byk pengalaman kan? pergi dgn saudara Zainol ke dulu..? Insyaallah dulan 11 nanti saya nak pergi Korea pulak… so nanti boleh berkongsi pengalaman kat sini… nak bawak baby kecik pulak… babymoon

  12. Norazlin Abusman berkata:

    salam…insya Allah saya akan pg ke paris pada 31 mei hingga 5 jun tahun depan (6 hari 5 malam)..dah beli pun pakai airasia sebab murahkan??sebab pg sendiri takut sesat jd tak tau camna nk buk hotel,tiket n mcm2 lagilah..pg dgn family,anak (masih kecil).soalan saya:

    1) dalam masa 5 hari tu ingat 2 hari kat paris, 1 hari kat disneyland n 2 hari kat london.mcmana kalu saya nk buking tiket awal? tiket ke disneyland,tiket eurostar so dat g sana taklah mahal..nk budget jugak..

    2)kalu dr paris nk g venice berapa jam pakai train?dlm hati ada jugak sebab tempat ni antara yg tercantik kat dunia…tenkiu

    • zairol79 berkata:

      Wassalam…

      Dari profile puan, nampaknya puan dan ada pengalaman melancong kan? Jadi rasanya tak menjadi masalah kan… seperti yang selalu saya tulis, jadikan internet sebagai panduan.. apa-apa google je, semua ada. By the way:

      1. Tiket disneyland boleh beli kat website dia, google je Paris Disneyland, tapi kalau untuk tahun depan tak jual lagi. Kalau kat paris puan boleh beli tiket metro untuk cover 6 zone, mahal sikit, so tiket tu boleh pergi sebahagian besar paris termasuk yg jauh-jauh, Untuk ke London boleh booking dari Eurostar.com ( google dulu)

      2. Mmmm ke Venice? nampaknya puan terpaksa cancel pergi London kalau naik train.. jauh tu, melainkan puan naik flight. Easyjet ada flight ke Venice, sejam setengah tak salah.. dua kali sehari, so boleh buat day trip..  Untuk train, kalau express kena transit kat Milan Itali, then baru boleh ke Venice. mengambil masa dekat 9 jam. So cadangan saya boleh naik sleeping train dari paris direct ke venice sewa satu sleeping couch untuk 6 org atau 4 orang ( ada saya ceritakan dalam blog saya termasuk juga dlm komen-komen saya). Tip saya, puan boleh rancang jarak perjalanan keretapi kat website Dbahn google dbahn atau (www.bahn.com) , masukkan destinasi anda dan semua akan keluar kat situ. Pilih negara UK, kalau tak dia akan keluar bahasa Perancis kalau kita pilih departure from France

      OK.. harap ia membantu anda

  13. norazlin abusman berkata:

    thanks atas jawapan yg amat memberangsangkan..kalu saya tak jadi pergi ke london..dr paris ke venice memakan masa berapa jam dalam train utk pergi dan ballik? agaknya kalu flight dr kl ke paris 31 mei dan pulang 5 jum mcmana agaknya nak budget hari utk melawat paris,disneyland dan venice?

    mahal tak harga tiket keretapi ke venice?tenkiu very much

    • zairol79 berkata:

      Masa perjalan dari Paris ke Venice ada saya terangkan kat atas, Bullet train , 9 jam termasuk transit kat Milan, dan kalau sleeping train 12 jam.. kalau ikutkan dari 4 hari penuh waktu berjalan tu, bagus buat day trip kat venice ( pakai sleeping train dari paris ) petang kat venice naik express ke Milan, tidur kat Milan, esoknya naik express ke Munich, tido kat munich then baru balik Paris.. Kalau saya, saya akan cancel Disneyland Paris, sebab Disneyland ni dah byk kat dunia, Hongkong ada, even Singapore pun dah ada universal studio.

      By the way harga tiket ikut tarikh kita beli, anggaran saya puan boleh dapat dalam 24-48 Euro per head utk 6 person sleeping coach ke venice kalau booking awal. Dan utk bullet train cuba search kat website Dbahn.. kat situ kita boleh anggar berapa harga, tapi utk tahun depan tak keluar lagi kot..

  14. norazlin abusman berkata:

    thanks atas reply yg amat difahami…betul jugak kata saudara kalu nk pegi disneyland hongkong pun ada..lagipun trip saya ni bersama 3 orang anak kecil yg berumur 3,5 dan 2 tahun…sesuai ke nak tido atas ketapi tu…? tp keinginan saya sgt kuat nak pg italy tu..tgk gambar saudara pg rome pun dah rasa best sgt2..cantik rome kan??lagipun ni 1st time sy nk pg italy…london dan paris saya dah jejak last year itupun berdua ngan suami….

    rome ngan venice tu tak sama ke?tempat dua tu jauh ke?tqvm

  15. norazlin abusman berkata:

    lagi satu kalu naik express ke milan dan munich tu tak mengambil masa yg panjang ke?berapa jam?takut2 nanti perjalanan kitorang dalam kenderaan je….hehe..

    • zairol79 berkata:

      Mmmm, mcm ni la, puan ikut je saya punye tertiary, puan naik flight http://www.easyjet.com dari Paris ke Venice pada 3 Jun 2012 ( sales utk summer 2012 dah jual, saya cuba masukkan 5 org tadi, total 187 Euro sahaja, x termasuk bag ) Buat half day trip di Venice, then petang tu Puan boleh pergi Rome dgn menaiki bullet train – http://www.trenitalia.com ( 3 jam ) dan tido satu malam di sana,  esoknya buat day trip di Rome dan pada malamnya terus ambik teksi ke airport rome dan pulang ke Paris dengan Easyjet jugak. Pada saya nampak agak memenatkan kalau pergi Rome.

      Pilihan kedua, pergi ke Rome tanpa Venice, kat rome boleh pergi coleseum dan vatican city. Kalau Venice setakat tgk bangunan atas air je..

      Jadi puan akan ada 2 hari 1 mlm untuk berjalan disekitar Rome, seperti yg saya ceritakan kat blog saya Coleseum tu amat besar, kalau kita ambik tiket tu sehari suntuk baru habis.. pilihan lain takat ambik gambar kat luar dah cukup rasanya…

      Jadi terpulang pada puan, samada venice + rome, venice sahaja atau rome sahaja…

      Sebagai rujukan tambahan.. berikut link untuk night train kalau nak train naik night train dari paris ke venice, rome atau sebaliknya…

      http://www.raileurope.co.uk/Default.aspx?tabid=1592

      Selamat merancang perjalanan anda, kalau puan beli tiket flight dah start jual sekarang, pilihan lain utk budget flight Europe ialah Ryanair.com

  16. norazlin abusman berkata:

    terima kasih byk2…maklumat saudara amat membantu saya….kalu ada apa2 lagi saya tanya k…hehe

  17. Mohd berkata:

    Assalaamu`alaikum warahmatullah
    seronok baca catatan kembara dan banyak info terkini.

    Insha ALLAH saya akan melawat andalusia iaitu Qurtubah, Gharnatah dan Ashbiliah. Maaf nama2 ni dalam bahasa Arab dan saya tak mahu menukar namanya kepada bahasa Spain atau Inggeris. di jangka berangkat pada 12 atau 15.11 ini . Dari KL Paris air asia dan Paris Ashbiliah dengan Easyjet atau Ryan air.

    Oleh itu saya ingin bertanya dengan lebih detail lagi :
    1. Saya belum beli tiket easyjet dan Ryan air lagi kerana takut tersilap isi di ruang nama. Kalau nama saya Mohd Aiman Bin Mohd Ali.
    Bagaimana saya nak tulis di ruangan : first name dan last name atau ada satu airlines lagi ; first name dan family name. Saya tak pernah beli tiket online tapi saya minat travel dan telah travel ke banyak negara Arab serta pergi umrah (bawa jamaah) setiap tahun sejak 1994 lagi, juga dah sampai ke Pakistan, Baitul Maqdis dan Turki.

    2. Saya juga rancang nak lawat rome dan venice.Cukup ke dalam masa 2 hari untuk lawatan di rom dan sehari di venice. Boleh ke cadangkan nama hostel yang hampir dengan tempat2 tour agar senang jalan kaki nanti. Begitu juga di Paris , minta cadangkan nama hostel yang dekat dengan effel tower. Saya mungkin hanya semalam atau 2 malam shj di Paris. Di London 3 atau 4 hari.

    Oh ya. saya juga akan melawat Moroko. Lawatan saya kali ini hanya seorang, seorang kawan lagi tak beri kata putus sedangkan dalam sehari dua lagi saya akan beli semua tiket.

    Ini sahaja yang saya nak tanya dan saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas info yang akan diberi nanti samada disini atau e mail saya: naasiha@yahoo.com

    Sekian wassalaam. semoga ibadah kita di `idil adha diterima ALLLAh. Aamin.

    • zairol79 berkata:

      waalaikumussalam.. Terima kasih.. saya akan jawap secara ringkas je laa ek..

      1. Untuk belian tikat secara online.. first name (given name) isikan nama saudari dan last name (family nama) nama bapa saudari beserta binti ( iaitu di kotak last name tu isikan binti johari sbg contoh) ini adalah kerana kat passport kita juga ada dituliskan binti atau bin

      2. Untuk rome dan venice dalam dua hari tak cukup pada saya lainla saudari naik morning flight dari paris ke venice then petang tu boleh naik train ke rome, stay dua mlm di rome. untuk hostel saudari boleh cari di booking.com, dia akan list hotel yg dekat dgn subway dan sebagainya, boleh juga rujuk di maps.google.com. Hotel di kawasan Eifel Tower gak mahal.. bagaimanapun boleh check di internet terlebih dahulu.

      Akhir kata selamat melancong, bagus tiket beli awal.. nanti mahal :-)

  18. Hafiz, berkata:

    Salam Zairol…

    Amat seronok sekali membaca catatan perjalanan saudara….membuatkan sy lebih yakin utk melancong ke Europe…

    InsyaAllah, mayb sy akan ke London and France dlm bulan mac 2012, sbb tiket sgt murah skang ni, xbli rugi nanti..hehe

    Sy ad sdikit pertanyaan:
    Sy punya plan nak spend 2 days in london, 2 days in france and 1 day in netherland..

    adakah lebih baik untuk sy bli tiket flight (KL to LONDON) and return(London to KL) ataupun (KL to London) and return(France to KL)…????

    bcos, bile sy di France nant, xperlu la nak amik train p balik ke LONDON just nak ke airport..sbb perjalanan agak jauh kan

    hopfully, saudara faham apa yg sy cbe maksudkan…
    pandangan saudara amat sy hargai…

    tq
    hafiz

    • zairol79 berkata:

      Wsalam Saudara Hafiz..

      Bagus saudara amik tiket ke London dan balik ke Malaysia melalui Paris. saya cadangkan untuk jimatkan masa, saudara boleh spend 2 hari di London, then naik flight ( ryanair atau easyjet ke Amsterdam ) spend 1 mlm di sana.. dan naik bullet train ke Paris, spend 2 mlm sebelum balik semula ke Malaysia.. rasanya kalau tambah lagi satu hari OK kot, macam singkat sgt je… OK Good Luck..

      ________________________________

  19. Hafiz, berkata:

    slm…tq 4 d info…

    sy plan 7 hari saje utk travel….
    hopfully ckup utk cover at least 3 or 4 negara kan…

    mayb sy akan p germany jgak for 1 night,,,

    jika xkeberatan, boleh x zairol bg nasihat negara mana yg patut sy lawati dlu utk memudahkan perjalanan supaya dlm satu hala shj menggunakan train…sbb sy kurang arif ttg transportation di sana,,

    sy plan nak p London (3dys) – amsterdam (2days) – germany (1days) – france (2days)

    tq

    • zairol79 berkata:

      Wsalam..

      mmm kalau bujang ok la kot 7 hari.. setakat ambik gambar tu ok rasanya.. saya cadangkan saudara gunakan website http://www.bahn.com/i/view/GBR/en/index.shtml sebagai rujukan utk rancangan. saya dah try search tiket tadi dan dapat sedikit info mengenai masa perjalanan dan sebagainya. Jangan lupa untuk beli tiket awal-awal sebab tiket ICE dari Bahn.de dijual 3 bulan sebelum perjalanan… Jadi saya cadangkan saudara naik flight Easyjet ( tiket dah dijual – 40 Euro ) ke Amsterdam. Dari Amsterdam Centraal anda boleh bergerak ke Frankfurt Main Hbf terlebih dahulu dan kemudian baru ke Paris Est sebelum bertolak pulang ke tanahair. Ada saya coretkan pengalaman saya di Frankfurt, boleh tengok entri saya buat daytrip di sana pada 2009. Dari website bahn.com perjalanan ke Frankfurt mengambil masa 4 jam dan pulang ke Paris mengambil masa 3 jam 45 minit. Walaupun jauh tapi pakai bullet train ( 300 km/h ) sekejap je rasanya.. Rajin-rajinlah google kat Internet.. seronok bila buat plan sendiri ni..

      ________________________________

  20. Hafiz, berkata:

    tq 4 d info bro..
    sy ad sdikit lg pertanyaan jika saudara x keberatan…

    sy ni first time naik flight, so timeframe di malaysia n london sy x faham..

    1.
    contohnya sy tempah tiket dr (KL to LONDON) via airasia, on 24/3/2012
    Time departure: 0840
    Time arrived : 1440
    ** meaning that sy akan tiba di london 24/3/2012 at 1440 waktu LOndon kan????

    2.
    then tiket flight pulang (LONDON to KL)
    Date: 1/4/2012
    Time departure: 2305
    Time arrived : 1915 (+1day)
    ** meaning sy akan smpai ke KL pada 2/4/2012 at 1915 waktu malaysia kan??

    agak keliru skit..
    harap bro dpt perjelaskan…
    sy ni first time naik flight…
    just nak make sure btol2 before bli tiket…

    huhuhu…

    tqvm for ur time n patient..

    • zairol79 berkata:

      Saudara Hafiz..

      Yup, semua flight adalah dalam waktu tempatan, Kalau saudara check perbezaan waktu london dgn kita ialah 8 jam.. Malaysia GMT +8, London UTC atau GMT +0.. jadi maksudnya waktu di London ialah lambat 8 jam.. Jadi untuk flight yang panjang hampir 14 jam boleh menyebabkan jetlag yang amat teruk.. terutamanya bila waktu di malaysia sudah lewat malam tetapi masih siang di London, jadi kalau bolehdalam flight tidur ikut waktu Malaysia dan bila sampai kalau boleh jangan tidur dan cuba ikut waktu tempatan. kalau tidur sekejap petang tu tak jadi masalah..

      ________________________________

  21. hafiz berkata:

    tq bro…

    kne planning btol2 nak wat itinerary g travel europe ni…sbb bajet pon x byk..hihi.

    return flight tiket dh pon beli (KL-LON)…..
    cbe bro tgk sy nye itinerary, ok x utk save bajet dr segi transpot…

    sy nak cover london, brussel, amsterdam n paris…kalu bleh nak elak naik flight.,

    so dr segi transport, dari LON ke BRUSSEL naik EUROSTAR…
    then, BRUSSEL TO AMSTERDAM naik intercity train….
    AMSTERDAM to PARIS naik Thalys…
    PARIS to LON naik eurostar…

    ok ke tu? ke bro ad cadangan lagi baik…
    tq sangat2 bro atas cadangan yg di beri,,,

    • zairol79 berkata:

      Yup, kena planning betul2.. kalau bajet ciput lagilaa kena consider byk mende.. suprising hafiz tak beli tiket pulang dari Paris ek, sebab perjalanan balik semula ke London dah kira membazir dah.. by the way.. kalau betul2 backpackers, takat hand luggage je, apa kata Hafiz terus ke amsterdam dari london tu pakai flight, saya survey tiket flight kalau beli sekarang lagi murah dari tiket train. kalau flight sampai pagi kat london memang cun la, terus ke amsterdam lepas tu baru mulakan perjalanan turun ke paris melalui brussels. Macam tiket untuk march 2012 baru 30 Euro ke  Amsterdam.. Train ke Brussel pun dah 42.50 Euro. Apapun senang je, cuba compare dulu tiket, buat-buat macam nak beli kat website dia.. lagi satu refer google map utk tgk route mana yang terbaik.. selamat buat plan.. apa-apa kemusykilan boleh tanya ye atau PM.

      ________________________________

  22. hafiz berkata:

    tq…
    wow…really good idea…
    x terfikir pon…

    better smpi london, trus fly to amsterdam(2days) dlu, then brussel(1days) n paris(2 days)..last 3 days tu bru spend kat london kan…n trus fly home…

    plan nya mmg nak fly home from france tp tiket x available ..rosak plan….

    tq bnyk2…nant sy akan tnye lg….huhu..

  23. Ira Kartini berkata:

    salam zairol,

    wow…sy rasa blog u ni sangat jelas, bermanafaat dan mudah di fahami…sy & suami akan travel ke Europe selama 20 hari pd bln May & June 2012 nanti..merupakan hadiah dr suami sempena ulangtahun perkahwinan kami yg ke-12…Alhamdullilah & syukur ke hadrat Illahi ke atas rezekiNya..

    mmg betul cakap u, buat persediaan yg rapi & rajin surfing internet adalah sangat penting..dan skrg tiket pergi balik sudah di tangan..then tgh pening pula nk ‘adjust’ perjalanan yg terbaik…kami merancang utk menjejak kaki di beberapa tempat menarik yg masih di dlm ‘long list’… anataranya Amsterdam, Barcelona, Florence, Bern, Haarlem, Geneva, London, Milan, Paris, Pisa, Prague, Rome, Venice and Vienna..

    namun, bak kata suami..pilih antara 2.. nak trip yg ‘hectic’ tp boleh cover byk tempat..atau trip yg ‘relax mode’ tp kena sacrify byk tempat tk dpt pergi…so, nk minta lh sedikit pendapat dari u..tempat apa yang paling menarik yg kami mesti pergi…dlm kata lain..kalau tk pergi boleh menyesal dan terkilan..

    terima kasih didahulukan di atas bantuan yg diberikan…sy doakan perjalanan hidup zairol & keluarga lebih cerah, bahagia & diberi keberkatan oleh Illahi..amin.

    Ira Kartini

    • zairol79 berkata:

      Wsalam…  Terima kasih.. Tak salah utk berkongsi ilmu.. Sekurangnya dapat pahala secara tak langsung. Mmm 20 hari.. Byk yg boleh cover.. Jadi puan boleh cari pengalaman sebanyak yg mungkin, tak semestinya berapa byk tempat yg nak dilawati sahaja. Misalnya pengalaman naik sleep train dan bullet train, naik perahu kat venice, naik kereta kabel utk ski dan satu lagi pengalaman yg perlu dicuba, ” meet the local” Cuba tinggal bersama mereka barang sehari dua. Ada saya jelaskan mengenai website couchsurfing dulu. Percayalah puan akan rasa kekurangan jika tak cuba pengalaman tu. Insyaallah saya akan cuba ambik peluang itu utk trip saya tahun 2012 ni. Utk tempat menarik.. Antara yg wajib dilawati ialah paris at least 4 hari, Venice, pisa ( Florence), Rome, taman2 bunga di Netherlands, dan pemandangan di kawasan pergunungan di switzerland. Ketepikan keinginan utk shopping dan melihat bangunan tinggi dan cuba cari sesuatu yg unik dan tiada di negara kita. Selamat merancang perjalanan anda.. :-)

      ________________________________

  24. Hafiz, berkata:

    Salam…

    bertemu lg…sy ade soalan nak tanye lg ni..

    1. sy ade bli tiket eurostar London to paris..sebelum train berlepas, nasihat saudara berapa jam awal sy perlu berada di station st.pancras ?? proses naik eurostar ni xde la hassle sgt kan…just scan barcode, then trus depart right?

    2. paris metro visitee pass utk 1 day tu bro beli terus di kaunter ke????

    3, apa yg merisaukan sy bila di europe ni, worst thing is kena rompak, hilang passport, pickpocket..minta dijauhkanla…duit cash bro letak dlm waist money bag mmg selamat kan? ad tips utk safety travel x??

    4. Perlu ke inform Malaysia Embassy di negara yg dilawati bahawa kita akan melancong di sana?

    5. Free public Wifi servis kat france, london, mudah didapati x mcm kat MCD ke??

    6. Kat france or london ni, katanya pukul 5,6 pagi dah cerah ….malam pula cepat sekitar 5pm pon dah gelap…betol ke? huhuhu..

    Okla..bnyk lg pertanyaan tp nant sy tanye lain…

    Tq Zairol 4 ur answer.
    —-HAFIZ..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.