Europe Trip part 2 – Day 2 in Paris

Assalamualaikum..

Hampir 3 minggu tak update blog sebab outstation kat Bintulu, keje macam lembu sampai malam baru balik.. yelaa bila dah tua-tua ni macam dah tak larat dah nak outstation.. patutnya tua-tua ni jadi manager dok opis.. kan best..

OKlaa. Antara hobi saya adalah melancong, dan saya suka mencuba sesuatu yang baru dan mengenali cara hidup orang lain. 2 hari kat Paris agak memenatkan, siang malam kami keluar berjalan, dah tahniah kepada kawan saya sekeluarga, walaupun umur dah hampir separuh abad tapi masih kuat lagi berjalan.. mungkin sebab semangat europe trip yang memerlukan belanja yang amat mahal tu boleh hilang segala lengoh kat kaki..

Hari Kedua

Hari kedua di Paris dimulakan dengan sarapan Maggie dan mentelaah lingkaran Metro Paris yang bersimpang siur nampaknya. Linkaran Metro Paris tak sama dengan Google Maps, sebab Google Maps, peta dia ikut skala tapi Metro dia main lukis je, jadi kekadang nampak kat peta, stesen transit untuk ke Line Metro yang lain nampak dekat, tapi realitinya kami terpaksa berjalan jauh di dalam terowong bawah tanah untuk ke stesen yang lain. So kena rajin-rajinlaa check Google Maps sama… walaupun tak pakai Iphone anda boleh beli handphone yang ada Google Maps serendah RM500 sahaja macam saya. Tapi make sure kena beli prepaid line sana la sama. Beli pakej data serendah 10 Euro macam yang saya beli kat Germany (actually pinjam hehe) O2.de . Ini kerana agak susah untuk kita menyuruh diorang ni cakap ongputih, walaupun kita tanya budak-budak muda. Jadi mulakan dengan cakap Perancis sedikit dan kalau bernasib baik baru diorang layan. Tapi pada saya semua maklumat ada kat peta, google maps, signboard kat jalan dah cukup untuk anda melancong. Apapun kat hotel anda boleh tanya receptionist diorang sepuas-puasnya..

Ni la network Metro kat Paris.. ni belum termasuk network Keretapi ke seluruh Eropah lagi

Perjalananan kami pagi tu dimulakan ke Musee De Lourve ( Museum De Lourve ) muzium terbesar di dunia. Bayaran masuk ke Museum ni adalah percuma pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan.  Dahlaa cuti easter waktu tu, cuti sekolah seminggu, pastu Early Spring pulak tu, jadi melepas la kami untuk masuk ke dalam muzium tu disebabkan beribu-ribu orang beratur panjang untuk masuk sampai kena buat kuota pulak… yelaa kalau diorang bagi semua masuk, mau tak roboh muzium tu jadi pasar malam… nanti saya akan upload video org beratur panjang nak mampus tu. Jadi macam biasa kami pun bergambar sakan je la. Yang penting bukti gambar kena ada.

Nampak tak orang beratur panjang nak masuk muzium tu... sebenarnya hampir keliling bangunan diorang buat barisan

Satu simbol premason macam dalam cerita Da Vinci Code.. hehe

Part time Tourist Guide, to make sure we are not lost . Besar tanggungjawap tu

Sebab dah tengah hari dan perut pun lapar, tambahan pula kawasan tersebut jauh dari restoran halal, kami pun bertolak balik ke hotel dengan naik Metro. Asyik-asyik naik metro je kami selama 2 hari kat sini. Kami beli 3 day pass iaitu Paris Vissite ( 12 Euro kalau tak salah ) yang membolehkan kami naik je apa-apa Metro, Bus, RER ( komuter ) kemana-mana tempat di Paris  untuk 3 zones pertama di tengah-tengah Paris. So tak kisahlaa nak sesat ke, apa ke. Tapi alhamdulillah kami tak sesat, cuma banyak masa je dihabihkan study map. Petang tu selepas makan kat Resturant kebab kat hotel kami pergi naik bangunan tertinggi di tengah-tengah Paris (Tour Maine-Montparnasse (Maine-Montparnasse Tower)  ke tingkat 56 ( 210 meter ) untuk melihat Paris dalam 360 darjah ( 11 Euro dengan 1 Euro diskaun dengan Paris Vissite ).  Melihat bandar yang terbesar di Eropah  dimana semua bangunan lama di jaga rapi. Kawasan perumahan apartment di satukan dengan bandar menyebabkan ianya kurang sesak berbanding Kuala Lumpur. Yang penting pengangkutan awam dia yang amat efisien mengurangkan kesesakan yang amat ketara.  Waktu menunggu setiap train ialah maksimum 5-6 minit sahaja.

Macam kotak lego je bandar lama diorang ni

Salah satu Stesen Keretapi untuk ke sekitar Europe dan France dari 3 buah yang ada. Gambar kecil Eifel Tower dan kawasan bandar baru di belakangnya

Lepas tu, dengan Metro lagi kami ke Arc de Triomphe, iaitu satu mercu tanda kat tengah-tengah roundaboard di Paris. Ada muzium kat atas nya. Kalau tak nak kena langgar, sila gunakan lorong bawah tanah untuk ke tengah-tengah roudaboard tu, so kena keliling dulu laa jalan kat tepi dia untuk cari terowong tu.  Bangunan ini di bina 1806 setinggi 50m ditengah-tengah roundaboard sebagai persimpangan untuk 12 jalan di tengah-tengah Paris.  Tapi roundaboard ni bukan di bina pada tahun 1806 ek.. jgn salah paham.

Gambar pokok ini diambik untuk cover construction yang ada kat Arc De Triomphe tu. Objek di belakang pokok tu sebagai pembolehubah sahaja..

Malam tu kami terus ke Eifel Tower.. tempat wajib dilawati di Paris.. Sebab binaan dia hanyala besi, so kami buat keputusan untuk pergi di waktu malam.. memang berbaloi walaupun mcm biasa kami tak berkesempatan nak naik ke atas dengan orang yang beratur ramai dan kaki pun dah penat dan lapar.  Lampu yang dipasang memang cantik, sebab tu Paris juga digelar City of Light. Dengna suhu yang dalam lingkungan 6-10 degree celcius, malam tu kami balik ke hotel dengan rasa tak sabar-sabar nak mandi air panas dan makan burger daging yang panas tapi tak pedas sebab takde sos cili.

Eifel Tower di waktu malam. Gambar kecik tu bila dia bukak lampu kelip-kelip laju yang amat terang tu..