Travelog’s Part 3 – Melancong ke Luar Negara

Antara Persedian saya sebelum pergi melancong, siap print lagi.

Salams Pembaca…

Kali ni saya nak cerita betul-betul punya trip ke Europe.. yang catatan saya sebelum ni tidak boleh diambil kira sangat sebagai melancong, kira “business trip” je. Pagi pergi keje 7:30 balik pukul 6:00 petang. 2 minggu kerja macam robot.  Hari minggu je ada masa berjalan-jalan kat sekitar hotel dan bandar terdekat dan semuanya diuruskan oleh bos.  Cukup cerita pasal German, kali ni saya nak cerita persedian yang perlu dibuat apabila melancong ke luar negara…

Perbezaan melancong  ikut pakej ataupun melancong  sendiri-sendiri, mana yang lebih best?

Melancong Ikut Pakej: Semuanya diuruskan dari tiket kapal terbang, penginapan, makanan dan segalanya diuruskan oleh syarikat perlancongan.  Yang perlu anda sediakan ialah wang dan duit poket anda sendiri.

Melancong  Sendiri: Semua anda uruskan dari tiket, hotel, nak cari kedai makan dan bersedia untuk hadapi risiko sesat, kena tipu dan segalanya.

Pendapat saya: saya lebih suka travel sendiri sebab:

- Anda bebas melakukan apa sahaja, tiada peruntukan masa, tak banyak kepala nak layan, dan yang penting travel sendiri memberi banyak pengalaman berharga kepada kita terutamanya untuk orang-orang yang adventurous.  Dan perasankan anda kalau kita tengok mat saleh, atau bangsa china, kebanyakannya yang travel secara berkumpulan ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Maafla kalau terasa hehe… sebab saya seronok tengok mat saleh terutamanya “backpacker travellers” boleh jalan sorang-soranag atau berdua ke merata tempat di dunia.

- Anda boleh jimat banyaaak sangat. tu yang paling penting pada saya. Sebagai contoh anda boleh makan maggie dulu tengahari bila balik sembahyang kat hotel. Semua ni disebabkan kebebasan masa yang ada kat kita.

Persediaan Sebelum Melancong – masa 3-4 bulan sebelum tarikh perjalanan.

1.  Dapatkan tiket yang paling murah.. biasanya Air Asia untuk bergerak keluar dari Malaysia ke luar negara. Dan perlu ingat alang-alang anda dah keluar dari negara, rebutlah peluang untuk melancong ke dua atau tiga negara sekaligus kerana ini peluang anda seumur hidup sebab dari negara yang kita lawati tersebut banyak lagi penerbangan tambang murah dan pelbagai jenis pengangkutan untuk ke negara jiran yang dilawati kita.

2. Ini yang penting, “research and study”. Haha mungkin anda paling malas nak buat mende ni.. tapi disamping anda dapat pelbagai maklumat, anda juga dapat banyak ilmu tau. Contoh yang terjadi kat saya.. dok sibuk-sibuk surfing saya dapat maklumat yang ada hospital kat German menyediakan doktor beragam Islam untuk pesakit beragama Islam dan hospital yang mesra penganut islam ini juga menyediakan makanan halal untuk pesakitnya. Contoh lain perkembangan Islam di Florence, Italy di mana terdapat kedai daging halal menyediakan bekalan daging halal ke banyak kedai pizza dan steak di mana menurut pemilik restauran tersebut daging yang disembelih lebih lazat dan kurang berbau.

Di zaman internet ini semua maklumat di hujung jari anda dan percayakan anda saya hanya menggunakan Google Map untuk mencari sebuah Restaurant Indonesia di tengah-tengah kota Paris yang memang besar sangat, dengan apa? Street View, lepas tu saya ambik gambar segala jenis simpang dan jalan kat internet dan view balik kat tengah-tengah jalan pakai kamera digital saya disamping bantuan peta yang saya beli kat Lonely Planet dan peta perlancongan dan system transit Paris yang saya ambik kat hotel.

Street View dari Google Maps. Untuk makluman Street View untuk bandar KL, Google belum buat lagi. Sekurangnya dengan ni anda dapat tau rupa hotel dan tempat yang ingin anda cari.

Antara research yang amat penting dilakukan ialah:

(a) Sistem Pengangkutan, mana yang paling murah dan berbaloi, bandingkan dengan pakej ataupun belian point to point ticket ( untuk keretapi ) secara online. Pada kes ini saya beli tiket “point to point” berbanding dengan “Europe Pass” dimana tiket yang dibeli awal amat murah dan semuanya online.

(b) Dapatkan arah kiblat dan waktu sembahyang bagi setiap tempat yang dilawati. Jangan lupa bawak kompas pulak. Anda boleh google sahaja “prayer time in Paris” dan sebagainya.

(c) Dapatkan senarai restaurant halal sebelum pergi. “Website” http://www.zabihah.com banyak membantu saya dimana kebanyakan restaurant halal di tandakan didalam Google Maps di website tersebut.

(d) Buat research hatta perkara yang paling ringkas sekalipun. “How to travel from Gare de Nord to Orly Airport” atau “How to store a luggage at Santa Maria train station”.  Itulah yang saya lakukan ketika ingin membuat “day trip ” kat Venice, Italy tempoh hari.

3. Anda mungkin ingin mengambil jalan mudah untuk pergi ke negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan tapi anda juga mungkin teringin untuk pergi ke Paris bukan?  “the most visited city in the world”. Tapi bersediakan anda jika tiba-tiba anda ditegur dalam bahasa Perancis atau ada masalah yang memerlukan anda ke balai polis dan sebagainya. Paling mudah untuk makan di restauran dan sebagainya. Jadi belikah kamus poket, sekurangnya anda boleh cakap kat “cleaner hotel” atau kat kedai makan  untuk minta apa-apa. Dan secara jujur saya katakan yang anda pasti seronok sekurang-sekurang dapat berbahasa tempatan walaupun sepatah dua.

4. Beli tiket tempat-tempat menarik seperti muzium  secara online, “print” kat rumah dan bila di sana masuk je, takyah membuang masa beratur panjang kat sana.

Kesimpulannya, semua persediaan ni sedikit sebanyak boleh menyenangkan jika anda pakai I-Phone, banyak perisian yang boleh kita pakai kat I-Phone, tapi masalahnya berapa kerat sangat yang mampu dah dah bersedia untuk jadi “Gadget Freak” kan?

Sekian, Nanti saya akan cerita serba sedikit pasal barang yang perlu anda bawak pulak yek… terutama untuk badget traveller macam saya ni .

16 Responses to Travelog’s Part 3 – Melancong ke Luar Negara

  1. Mrs Badrul berkata:

    Salam..

    thanks… info yg sgt berguna…

    teringin kiteorg nk jln2…

  2. ieza berkata:

    salam zairol,
    info yg sangat bagus..thanks!

  3. zairol79 berkata:

    Tenkiu atul dgn risma.. dengan komen ni laa baru semangat nak tulis blog.. ni jadi pembaca senyap je …

  4. ieza berkata:

    aku mmg pembaca senyap kalo ko nk tawu..hehehe..

  5. Nizam Bintulu berkata:

    Aku juga pembaca yg senyap bila membaca dan membuat bising bila mengomen….hehe.
    Anyway thanks utk info yg amat berguna suma tu Roy.Aku nak balik Bintulu semula bulan depan sbb ompuan aku nak bersalin anak ke 2 kami.

  6. ethassan berkata:

    Hi Roy. Interesting info. Saya pon ada travelling blog juga. Kalau ada masa, jemputlah singgah. ethassan.blogspot.com

  7. Pingback: 2010 in review – Thanks to all my readers « Roy Dot Com : Sekadar Coretan

  8. Ahaa dan jangan lupa gunakan Flexiroam, dapat penjimatan ketika di luar negara :)
    http://www.flexiroam.com

  9. fiza berkata:

    As salam, gud info thks,
    tumpang bertanya, saya nak pergi paris bln 12 ni, pastu dari paris nak pergi amsterdam naik train, kalu nak singgah sekejap2 kt brussel dgn rotterdam jus nak beli souvenir cane ye….kena beli tiket satu2 ke, beli satu tiket je ke or boleh turun kt mana2 then sambung balik ke destinasi seterusnya…
    mekasih bebanyak ye….

    • zairol79 berkata:

      Wsalam..

      Dari apa yg saya tahu, untuk perjalanan jauh, tiket kena beli asing-asing sebab kat ticket tu kita dah buat reservation untuk seat sekali, jadi cara terbaik anda boleh beli tiket ke Brussel dulu, buat half day trip ke pastu baru sambung perjalanan ke Amsterdam. Ada byk train yg boleh anda pakai seperti ICE, dan Thalys ( dari company SNCF France ) http://www.thalys.com. Ada byk rujukan untuk beli tiket ni antara yg selalu saya rujuk ialah di http://www.seat61.com/Europe-train-tickets.htm. Sila beli awal tiket untuk dapatkan yang termurah. Selamat melancong.

  10. fiza berkata:

    Ok,tqvm.

  11. hana mi berkata:

    Saya juga baru travel dpt 3 negara UK (London), France (Paris) dan Itali (Venice dan Florence: Pisa). Memang seronok jalan bukan pakej. Sebelum ni pernah ke Perth, Jordan dan Syria guna pakej…memang terhad..ye..banyak risiko jalan sendiri..malam pertama di France hotel banyak pijat..salah sendiri tak baca review hotel..

  12. Raspberry Ketone berkata:

    If some one wishes to be updated with newest technologies therefore he must be visit this website and be up to date all the time.

  13. makciklina berkata:

    Salam. Makcik suka baca apa yg kamu tulis, teringin nak berjalan ke luar negara tapi bahasa omputih gred C, bahasa lain plak gred F..bahasa IT,terus gred Z..kalau ada umur panjang dan tak sakit lutut, makcik n geng nak ikut kamu.boleh?

    • awesome! berkata:

      bole x bg cdgn negara paling sesuai nk wt lawatan antarabangsa tok students.. yg pasti membuahkan input berguna…

      • zairol79 berkata:

        Susah nak jawap soalan ni… sebab nak melancong ni kena pakai duit. Tapi untuk student boleh start dgn Negara Asia dulu. Tapi kalau ada bajet lebih boleh ke timur Europe, start dari Turkey ke barat Europe.. untuk murah boleh join travel website couchsurfing. Ada saya tulih pasal entry tu..

        ________________________________

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 562 other followers

%d bloggers like this: