LuisenPark at Mannheim, Germany
26/05/2009 1 Komen

Taman ni memang besar gila toksah nak cakap laa.. sedih bila makin lama makin kecik taman tasik kat KL tu
Salam pembaca..
Sabtu lepas saya naik Trams ( train komuter yang atas jalan tu ) ke Luisen Park lebih kurang 3 km je dari hotel.. dengan bayaran masuk 5 Euro macam-macam ada.. ada taman burung, rumah tropika, padang pasir, taman rama-rama tropika, akuarium, taman cina dan macam-macam lagi laa.. tapi sayang sebab pergi masa dah nak abih spring, kalau tak boleh laa tengok bunga tulip lagi. Diorang dah start tanam bunga untuk musim panas dah.
“Itik tu siap nak kejar lagi perahu kami, video burung nak bagi makan anak dia…
Pastu dengan 1.50 Euro saya dengan member saya naik perahu yang tak payah kayuh. dia jalan sendiri macam keretapi pulak ikut landasan dalam air dia. pastu dengan ikan yang besar-besar lengan yang jinak dengan orang tu begitu mengujakan untuk dibuat lauk… Ikan spesis apa tak tau. macam kaloi pun ada.. yang penting mulut besar dan takde gigi… OKlaa.. enjoy gambar-gambar tu ye dengan video dia sekali..

Bila tengok pokok puding ni, teringat masa kecik-kecik dulu, penuh satu laman rumah. Kalau kat bukit Cherakah sibuk buat rumah 4 musim, kat sini sibuk buat rumah Tropika dengan Gurun. Rumah tropika ni dah berusia 50 tahun.. huhu lebih kurang umur merdeka kita je.. Gambar kecik penguin yang boleh tahan panas. suhu hari tu 28 degree celcius.







Salam,
Saudara,saya dah baca tentang kembara saudara di Jerman baru baru ni.
Saya boleh berbahasa Jerman dengan fasih & lancar,boleh menulis,membaca dalam bahasa Jerman dengan baik,tapi sayangnya saya belum ada kesempatan untuk ke Jerman sebab kos yang terlalu tinggi.
Buat masa sekarang saya mengajar bahasa Jerman kepada mana mana pelajar yang perlukan bantuan dalam bahasa Jerman.Jika Saudara berminat atau sesiapa perlukan bantuan,sila hubungi saya menerusi emel hafizovsky@yahoo.com.
Wassalam,
Hafiz Osman