Feeds:
Kiriman
Komentar

Assalamualaikum..

Kepada bebudak tahap batch PMR94 dengan batch SPM96, hari ni 17 Januari 2010 tercatatlah sejarah dimana kita berjaya berkumpul seramai lebih kurang 36 orang dewasa semuanya, belum campur budak-budak lagi.. so seperti yang aku tulih kat Facebook, kat bawah ni gambar full resolution yg boleh korang copy dan cuci. kalau kat facebook kecik sgt.. ok enjoy..

Gambar dari rombongan lelaki

Semua Rombongan Tahapian dgn pasangan masing-masing ( kalau ada ) ke tasik Perdana. Tiada dalam gambar: Fitri & Faisal Shukri (Chai)

Sekian Wassalam, insyaallah ada masa kita organise lagi acara seperti ini ok…

p/s seronok bila dok cerita balik pasal hal-hal sekolah… perangai semua maintain je..

Assalamualaikum,

Sebagai entry pertama selepas bertukar status, saya nak cerita sikit pasal sindiket mengambik duit orang secara penipuan ni. Kalaulah tiba-tiba orang hantar mesej ( terutamanya Mat Salleh ) nak berkenalan dgn kita samada melalui Facebook, Friendster atau Tagged, hati-hati tau. Boleh kenal-kenal, tak salah tapi kalau la mamat atau minah tu sibuk dok cerita pasal nak bukak bisnes kat Malaysia, nak hantar sample produk, layan je dulu tapi bila sampai dia mintak duit, hati-hati takut kalau termakan kata, melayang duit..

Ceritanya, semalam ada sorang mat salleh dari London mesej saya dari Tagged, kononnya nak berkenalan, so saya bagilaa email, kalau takat email saya tak kisah sangat pun YM pun boleh block dia kalau kita tak nak, so ptg semalam kami org chating-chating la, kononnya dah tua mamat tu 5o tahun umur dia, ex tentera, dia siap hantar gambar lagi, dgn wife, bini dia, anak dia. Sekarang buat family bisnes jual barang kemas dari London, chating punya chating dia nak pos brochure dgn sample barang kemas tu, siap beli t-shirt winter sales lagi kat saya. So dia pos la secure parcel siap dgn no pin lagi. Ptg semalam dia call kata dah pos then dia pun kononnya nak main golf kat Liverpool… huhu winter time boleh main golf tu…

Pagi tadi ada sorang mamat call, no local kononnya curier guy, dia cakap barang dah sampai KLIA, tapi kena bayar duti kastam dulu baru boleh ambik, dia mintaklaa saya bank in duit RM1500 kat dia, dia settlekan dan terus hantar ke saya… huhu, nasiblaa saya ni tak sebodoh tu  senang-senang je nak bagi orang RM1500, so saya hantar mesej ke mamat London tu Sir Roland Boyd namanya no HP dia 00447031870666. Ecehh…. dengan penuh tanggungjawap dia call saya walaupun waktu kat London waktu tu 3:00 pagi, itupun kalau betul dia dok kat London, berdasarkan no telepon tu memang ye… dia pelik kenapa kena bayar dan dia pun call laa mamat curier tu, then lepas tu dia call saya balik dan dgn rasa terkilan mintak duit, saya balas la saya takde duit, kalau nak saya amik barang tu, saya mintak dia transfer duit pakai Paypal.com. Dia kata dia takde access internet, so saya cakap takpe, biar je dulu kat Kastam, bila-bila dah dapat duit saya ambik sendiri. Dia takut barang dia hilang, siap suruh pinjam duit orang lagi.. hehe. Lepas tu saya balas ” not a problem for me”. Terus dia letak telepon.. hahaha.. So untuk check no akaun bank, saya pura-pura sms mamat kurier ni (mat salleh gak) minta no akaun, dia siap tanya bank mana yang paling dekat lagi, so saya minta maybank, so dia bagi no akaun maybank 1643-1531-0163 atas nama Adegoke Solomon Adel ( nama macam negro je ). Akaun tu saya check memang wujud, nanti ada masa nak trace dengan member saya yang keje maybank tgk transaction dia macam mana…

Memang macam menarik pada asalnye, ye laa orang ak bagi sample barang kemas dan konon-kononnya nak bukak outlet kat Malaysia dan kita jadi business  partner dia, sapa tak termakan tak? tapi syukur saya amik sikap berhati-hati, semua IM dengan dia saya archive, gambar saya simpan, so sesapa yang nak baca apa yang saya chat dengan dia boleh download file notepad kat bawah ni, sorry English saya tak sehebat mana… So hati-hati dan sebarkan pada yang lain OK…

Link untuk download apa yang saya chat dengan mamat ni, siap panggil brother lagi tu, boleh bukak terus kat browser sebab dia file notepad

http://dl.dropbox.com/u/2404264/IM%20with%20roland%20boyd.txt

Beberapa gambar mamat tu yg dia attach kat email dia b.roland50@yahoo.com

Gambar dengan anak dia kononnya

Ex army tu

Dengan bini dia kononnya, tapi dah bercerai, memang ayat power sungguh

Mesej yang dia hantar dari Tagged. user ID dia Roland B

From:Roland B

To:Me

Date:21 Disember 2009 10:34:55

Subject:hi

Message:

Hello Zairol,

Am Mr.Roland 50 years years from United kingdom and after going through your profile,i love to have a friend in  ur place because i have not been opportuned to be there before.Let me have ur email address and i will send u my pics and we can become friends and get to know eachother better.

Have a nice day and looking forward to hear from you soon.

Yours,

Roland

Update: aku ada tanya member aku yg keje kat Maybank, so dia kata akaun ni once duit masuk terus mamat tu bawak keluar, last transaction 10/12/2009. so ada byk jugaklaa orang yang terkena.. apa-apahal aku rasa nak suruh media bongkar laa kisah ni.. bagus jugak untuk peringatan ramai

Salams.. sebab aku boring gila kat opis hari ni, terjumpa gambo ni kat facebook hammam ( mintak ek ). Aku ni pantang tengok kucing, mesti geram je rasa nak buat bantal.. so tengoklaa gambar kucing bawah ni, kira ikut konsep 1 Malaysia jugak laa ni..

Jaga..jaga kucing tu nak makan burung tu!

Jaga..jaga kucing tu nak makan burung tu!

Nyum2

Nyum2

Lorr... kawan masa sekolah rupenye

Lorr... kawan masa sekolah rupenye

So sweet...

So sweet...

Boleh tolong cari kutu lagi

Boleh tolong cari kutu lagi

Sekian, wassalam.. so jangan laa kita bergaduh-gaduh sesama manusia, ni sebab politik pun boleh gaduh.. macam mana nak maju…

Assalamualaikum.. dan Salam 1 Malaysia

Bunyi gaya pembaca berita RTM pulak… Esok genap dua bulan saya tak update blog.. huih lamanya… punyelaa takde mood outstation kat Bintulu sampai takde idea nak tulih apa… then dengan Celcom Berukband tu lagi laa mengecewakan… tapi segala planning untuk menempuh alam baru… yelaa nak masuk rumah baru dan lepas tu nak buat rumah baru jugak…” rumah tangga baru”. Semuanya berjalan lancar.. so lepas raya ni boleh laa pindah…

Oklaaa sebenarnya saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog roydotcom ni.. dan kepada kawan-kawan yang dok puji blog ni terima kasih banyak-banyak.. yg boleh diambil jadi panduan silakan….  Sempenan raya ni saya juga nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kuku jari kaki, mana tau ada terkutuk, terumpat dan termakan benda korang semua.. 0-0 ek..

Sebenarnya tadi saya dok layan video kat youtube lagu nasyid Sami Yusuf, kalau korang pernah tengok jejak rasul kat TV3 bulan puasa ni ada dua lagu nasyid Sami Yusuf yang diorang pasang masa ending rancangan tu…  Mula-mula puasa dulu dari nasyid “Allahuma Solli Alaihi” dan yang kedua “Asma Allah”, so korang boleh layan kat bawah ni…Dulu bila dengar macam syok tapi tak terfikir pulak Sami Yusuf punya nasyid… Dalam PC ada complete album yang lama.. so kira yang ni album terbaru dia laa… sedap lagi dari yang first album.. tapi biasa laa stail nasyid dia memang slow kotemporari… haa untuk pengetahuan Sami Yusuf ni adalah rakyat Britain kelahiran Iran, seorang pemuzik yang amat dikenali di Europe sama seperti Native Deen kumpulan nasyid rap dari America. Oklaa nak kemas-kemas barang sikit.. sesiapa yang pulang ke kampung raya ni, berhati-hati memandu… ikut speed limit.. kalau lorong paling kanan 100km/h, makin ke lorong kiri makin slow dan bukan makin laju ok..Percayalaaa kalau semua ikut speed limit dan tiada yang monopoli jalan, mesti lancar je sebab chain effect tak akan berlaku kalau takde mamat yang sengal  bawak kereta.

P/S: Dalam bulan puasa ni Siti Nurhaliza ada gak keluar album nasyid “Tahajjud Cinta” ( tapi cover page tak pakai tudung huhu ). Cuba compare lagu Asmaul Husna Siti dengan Sami Yusuf.. mana yang lebih menyentuh perasaan sehingga rasa pucat muka…

Sekian

“Home”

Scene menarik dari "Home"

Scene menarik dari "Home"

Salam Pembaca..

Semalam saya layan satu rencana yang saya download menggunakan program torrent “Vuze” saya ( http://vuze.com ) bertajuk Home. Menyentuh perasaan terutamanya untuk orang yang seperti saya ( org greenpeace ) :-) So disini saya keluarkan beberapa fakta untuk renungan bersama:

1. Dubai mendapat sinaran matahari sepanjang tahun tapi tiada satupun panel solar digunakan secara komersial di sana.

2. Setiap tahun 13 juta hektar hutan hilang dari bumi.

3. Suhu dunia pada 15 tahun kebelakangan ini adalah yang palin tinggi penah direkodkan

4. Litupan ais di kedua-dua kutub 40% lebih nipis berbanding 40 tahun dahulu

5. Separuh kekayaan di dunia hanya dinikmati oleh 2% populasinya yang kaya raya menyebabkan jurang antara kaya dan miskin

amat besar

6. Separuh daripada negara yang miskin adalah dari negara yang kaya dengan sumber

"Easter Island" yang tanahnya gersang tanpa sebarang tanaman.

"Easter Island" yang tanahnya gersang tanpa sebarang tanaman.

Penah dengar cerita pasal puak “Rapanui”? Satu tamadun yang lenyap di “Easter Island” yang terletak di selatan perairan pasifik dekat dengan Chile. Pulau ini di jumpai pada 1722 kosong tanpa apa-apa hidupan dan hanya tinggal patung berbentuk orang yang diukir pada batu setinggi 17 meter. Mengikut sejarah puak ini menggunakan segala sumber alam di sana tanpa satupun yang tinggal. Semua pokok ditebang untuk kayu balak, sampai berlaku hakisan tanah. Nak pergi tangkap ikan kat laut pun tak boleh sebab takde kayu balak nak buat perahu. Disebabkan populasi yang semakin tinggi, akhirnya lenyaplah sebuah tamadun manusia yang amat tinggi ketika zaman itu.

Berbalik kepada video rencana ini, anda boleh mendownload HD video dari program vuze tersebut dan kalau nak puas hati boleh sambung ke LCD tv anda dengan menggunakan laptop atau portable HD player ( WD TV ) dan sebagainya. Baru layan. Dan anda juga boleh layari http://goodplanet.org dan boleh tengok secara online disitu. Kat bawah ni saya boleh letak link trailer je sebab video penuh dia selama 1 jam setengah hanya boleh tengok  kat website dia. Secara teknikal cinematografi video ni amat menarik, cantik dan kita boleh pergi ke merata ceruk dunia, dan semua scene diambil dari udara. Jadi sama-samalaa kita fikir-fikirkan yang alam ciptaan Allah taa’la ni bukan untuk kita sahaja, kerana ia milik kita semua. Sama-samala kita jaga dia baik-baik, walaupun sikit sumbangan dia tapi besar kesannya.

p/s Sedih bila tengok KL da jerubu balik…. tak sudah-sudah kes ni.. patut tangkap je masuk penjara sapa yang buat pembakaran terbuka tu..

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »